Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

oleh Sivarajan Arumugam

Murali Vengu, seorang pekerja kawalan keselamatan yang telah bekerja dengan sebuah bengkel kereta kemalangan dan pusat tuntutan insurans, telah menfailkan tuntutan gaji kerja lebih masa (OT), gaji cuti hari rehat dan juga gaji cuti hari kelepasan am terhadap majikannya pada bulan Oktober 2021.

Murali seorang sahajalah yang menjaga seluruhan stor bengkel yang menempatkan kereta-kereta kemalangan yang sedang melalui proses bayaran insurans. Majikan bengkel tidak mengambil pekerja kawalan keselamatan tambahan. Oleh itu, beliau diminta bekerja dari jam 7 malam sehingga pejabat bengkel tersebut buka pada jam 9 pagi pada hari keesokannya.  Walaupun beliau sepatutnya hanya bertugas selama 12 jam, iaitu dari jam 7 malam sehingga 7 pagi, tetapi biasanya beliau diminta untuk tunggu sehingga kerana pejabat masuk kerja pada jam 9 pagi.  Jadi, beliau bekerja sehingga 14 jam setiap hari.

Murali juga tidak diperuntukkan apa jua cuti hari rehat setiap minggu dan cuti tahunan, malah diminta untuk bekerja juga pada hari kelepasan am. Pada hari di mana Murali terpaksa keluar untuk urusan penting, beliau terpaksa menempatkan isterinya di pondok pengawal untuk sementara waktu sehingga beliau pulang.

Walaupun bekerja 12 jam hingga 14 jam setiap hari, tetapi beliau hanya menerima gaji asas sebanyak RM1,300 dan elaun petrol sebanyak RM250 setiap bulan. Sehingga beliau berhenti kerja pada tahun 2018, beliau langsung tidak dibayar gaji kerja lebih masa (OT).

Semasa rundingan damai di Jabatan Tenaga Kerja Subang Jaya pada 8 Februari 2022, pihak majikan cuba mengelirukan pegawai Jabatan Tenaga Kerja dengan mengatakan bahawa pelbagai bayaran telah dibuat kepada Murali. Tetapi pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa majikan telah mengabungkan bayaran elaun petrol dan caruman KWSP untuk memberikan gambaran bahawa suatu jumlah besar telah dibayar kepada Murali dan tuntutannya tidak betul.

Saya yang mewakili pekerja semasa rundingan damai, telah menerangkan bahawa tuntutan Murali sebenarnya melibatkan pelbagai komponen, seperti tuntutan bayaran gaji kerja lebih masa (OT) pada hari kerja biasa, hari rehat dan hari kelepasan am, di samping gaji kerja hari rehat dan gaji kerja hari kelepasan am yang tidak dibayar. Majikan pun mengaku bahawa bayaran gaji kerja lebih masa sememangnya tidak dibayar kepada Murali, maka mereka mencadangkan suatu penyelesaian untuk dibincangkan tanpa melalui perbicaraan penuh. 

Selepas beberapa kali rundingan antara majikan dan pegawai, akhirnya majikan bersetuju untuk membayar sebanyak RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian. Jumlah tersebut adalah lebih kurang bersamaan dengan gaji kerja lebih masa sebanyak RM1,600 sebulan untuk 3 tahun.

Seperti Murali, ada ramai lagi pekerja kawalan keselamatan yang ditipu tanpa dibayar gaji kerja lebih masa, walaupun ianya jelas dinyatakan sebagai amaun yang perlu dibayar oleh majikan dalam Akta Kerja. Jadi, lebih ramai lagi pekerja kawalan keselamatan harus memastikan bahawa hak mereka terbela dan kiraan gaji mereka merangkumi bayaran gaji kerja lebih masa.

Rakyat pekerja hanya dapat mengajar majikan-majikan seperti ini, jika lebih ramai lagi yang menfailkan kes dan mengheret mereka ke Mahkamah Buruh. Tindakan ini amat penting, demi memastikan industri kawalan keselamatan ini menghentikan penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.

==========

Sivarajan Arumugam ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).

7 thoughts on “Pengawal keselamatan dapat balik gaji OT selama 3 tahun

  1. Saya mencari lawyers atau badan yg boleh bantu utk membela kami di syarikat swasta dibangi Selangor, di TINDAs dgn memotong gaji pekerja semasa MCO Dan sehingga sekarang

  2. Saya nak mintak tolong untuk kiraan gaji dan nasihat untuk tuntutan OT satu jam yang syarikat buat pemotongan selama 3 tahun…

  3. Assalamualaikum saya bekerja di sebuah syarikat keselamatan Guard quest di sekolah rendah..saya nak bertanya bolehkah syarikat membayar gaji sebulan sebanyak 2 kali..ia bermula pd 1.7.2023 sy hnye mndpt 200 pd 26hb..DN 7.8.2023 sy dibayar Basit sahaja.. persoalan saya kenapa smse permulaan dibayar 200 sahaja pd setiap 26hb kenapa tidak dibayar oti sepenuh ny..boleh saya dapat penjelasan dan jawapan..ape kah patot saya buat

Leave a Reply to Ahmad Shukri Bin Hj Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *