Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!
Lampu lebuh raya rosak di Dengkil mengancam nyawa
Banyak lampu jalan dan lampu lebuh raya di Dengkil tidak berfungsi. Jalan-jalan ini sering dilalui oleh kenderaan yang besar seperti lori dan bas, akibatnya memandu kereta dan motosikal di Dengkil selepas matahari terbenam sangat mengerikan.
Hapuskan penindasan pekerjaan untuk hentikan salah guna dadah oleh pemandu lori
Pemandu kenderaan berat terpaksa bekerja lebih masa termasuk pada hujung minggu untuk memperolehi gaji cukup sara hidup. Jangka waktu kerja panjang memerlukan pemandu untuk mengekang masa tidur dan rasa penat. Methamphetamine dan Amphetamine mengurangkan keperluan rasa mengantuk dan penat tetapi mengurangkan pertimbangan dan respon yang menyebabkan kemalangan jalan raya.