Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

oleh Lalith Kumar & Yap Xin Yit

Kami daripada Biro Keadilan Kekurangan Upaya dan Kesihatan Mental di Pemuda Sosialis PSM mengecam komen yang tidak berperikemanusiaan yang diberi oleh ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan ADUN Kijang, Dr. Izani Husin, dua orang ADUN Kelantan.

Hanya mereka yang tidak dapat menerima gelandangan dan manusia yang mempunyai cabaran dalam kesihatan mental sebagai salah seorang daripada kita, akan memberi komen yang teruk sebegitu. Lagi hina apabila mereka pandang golongan yang ditindas oleh sistem sebagai makhluk yang boleh tahan pada suasana yang kotor dan makan makanan yang tercemar.

Golongan gelandangan dan golongan yang mempunyai cabaran kesihatan mental perlu dilindungi oleh sesebuah kerajaan. Kebajikan mereka harus dijaga oleh wakil-wakil rakyat, termasuklah mereka yang dilantik ke Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia seolah-olah ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan ADUN Kijang, Dr. Izani Husin, tidak mengambil peduli langsung tentang perkara ini. Ia lebih baik kalau kedua-dua wakil rakyat ini mula untuk fikir tentang faktor golongan ini dipinggirkan dalam masyarakat.

Kekurangan dalam sistem sokongan dan birokrasi yang menyusahkan rakyat juga menambahkan keperitan kepada golongan gelandangan dan golongan yang mengalami cabaran dalam kesihatan mental. Juga perlu ingat bahawa sistem sosial dan ekonomi sekitar kita lebih berpihak kepada golongan yang tidak mengalami kekurangan upaya dan cabaran kesihatan mental.

Hal ini demikian akibat sebuah sistem yang menindas rakyat semata-semata untuk keuntungan dan menilai seseorang dari kaca mata daya pengeluaran atau produktiviti. Sistem yang kita hidup hari ini meminggirkan seseorang apabila keuntungan tidak dapat dijana daripadanya; menjadikan seseorang itu gelandangan, menganggur dan terdedah kepada pelbagai bentuk diskriminasi kelak.

Kita harus bersolidariti bersama golongan ini, bukan menghina atau menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi/motivasi. Setiap manusia berhak dilayan secara bermaruah dan ia tidak harus terjejas disebabkan cabaran kesihatan mental atau gelandangan atau kedua-duanya.

==========

Lalith Kumar & Yap Xin Yit ialah ahli Biro Keadilan Kekurangan Upaya dan Kesihatan Mental Pemuda Sosialis PSM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *