OKU gesa hapuskan birokrasi dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sekumpulan wakil warga Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjumpa dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, pada 26 April 2021, untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap insiden layanan yang tidak profesional oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap warga OKU yang hendak membuat aduan mengenai tentang masalah bayaran elaun bulanan OKU mereka yang tergendala. Mereka juga mengutarakan isu Borang Kaji Semula Bantuan Kewangan JKM yang bersifat birokratik dan menyusahkan golongan OKU.

Adakah peruntukan belanjawan cukup untuk OKU? (Analisis PSM terhadap Belanjawan 2020)

oleh A. Sivarajan Antara peruntukan yang diumumkan untuk warga OKU dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 11 Oktober 2019 yang lepas adalah: RM23 juta untuk memastikan sekolah kebangsaan mempunyai kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU). Semua warga OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak menerima … Teruskan membaca Adakah peruntukan belanjawan cukup untuk OKU? (Analisis PSM terhadap Belanjawan 2020)

Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya

oleh S. Tinagaran Balan Perumal, seorang OKU (Orang Kurang Upaya), telah berjuang sehingga nafas terakhirnya untuk menuntut rumah kediaman yang telah dilelong oleh Bank Simpanan Nasional. Lebih 3 tahun mendiang Balan berjuang. Dua hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau menelefon saya dan kami berbincang tentang kes yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Seremban. Balan telah mengheretkan … Teruskan membaca Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya