Usaha melawan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) ialah tanggungjjawab kita bersama. Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan di seluruh Malaysia selama dua minggu (18-31 Mac 2020), kerana situasi wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ini bukan sahaja perjuangan kakitangan perubatan di barisan hadapan untuk mengesan dan merawat mereka yang dijangkiti virus COVID-19, tetapi semua rakyat memainkan peranan dalam mencegah penularan wabak COVID-19, untuk melindungi nyawa semua dan menjamin kesejahteraan masyarakat.
Tips lawan wabak COVID-19: Duduk sahaja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sekiranya anda tidak memikul apa-apa tugasan dalam perkhidmatan penting masyarakat. Jangan keluar ke mana-mana, kecuali untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian. Duduk di rumah boleh selamatkan nyawa!
Tips lawan wabak COVID-19: Cuci tangan secara kerap, dan jaga kebersihan diri, untuk menghindarkan jangkitan penyakit.
Tips lawan wabak COVID-19: Amalkan penjarakan sosial (social distancing), iaitu menjarakkan diri dari orang lain sekurang-kurangnya 1 meter, untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.
(Lukisan kartun oleh Antara Garis Hitam)
cantik