Tolak Apartheid Vaksin

Jika kita membenarkan negeri-negeri yang lebih kaya untuk memperoleh vaksin secara sendiri, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang lebih miskin dalam Persekutuan Malaysia? Adakah nyawa rakyat di negeri-negeri lebih miskin itu kurang bernilai berbanding dengan penduduk-penduduk di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak?

Hari Kesihatan Sedunia 2021: Lindungi kesihatan rakyat dunia daripada ancaman virus kapitalis

Krisis pandemik COVID-19 menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa betapa pentingnya untuk sebuah sistem kesihatan awam yang sempurna dalam melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat. Krisis ini juga membongkarkan hakikat bahawa sistem ekonomi kapitalis yang mendominasi dunia kita hari ini telah gagal sepenuhnya dalam mewujudkan sistem kesihatan awam yang mampu menyelamatkan rakyat dunia daripada ancaman kesihatan yang berterusan.