Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya, “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim”, dengan satu lagi amaran kepada kerajaan-kerajaan di dunia untuk mengambil tindakan serta-merta supaya mengehadkan pemanasan global dalam lingkungan 1.5oC sekiranya dunia kita hendak mengelak daripada malapetaka iklim yang lebih besar. Laporan “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim” … Continue reading Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar

Melangkaui petroleum

Pada suatu petang yang penuh kemurungan, pengaliran udara kelihatan seolah-olah berhenti, sungai-sungai berdekatan penuh dengan bangkai ikan kerana tumpahan minyak terjadi akibat daripada keusangan paip minyak berhampiran dengan sungai. Campuran bau minyak, gas asli dan kematian meresapi udara. Helikopter miliki Chevron (syarikat gergasi petroleum) baru saja diisi penuh dengan bahan bakar. Juruterbang menghidupkan enjin dan bilah kipas helikopter berdengung seperti lalat yang terbang. Namun, kali ini ia bukan menghantar pekerja ke pelantar petroleum di luar pesisir. Penumpang kali ini merupakan tentera bersenjata Nigeria yang diperintah untuk mematahkan secara ganas gerakan Occupy yang dilancarkan oleh golongan pemuda dengan pendekatan bukan keganasan.

Malaysia harus menuju ke arah neutral karbon sebelum 2030

oleh Sharan Raj Neutral karbon merupakan istilah yang merujuk kepada  jumlah pelepasan gas rumah hijau oleh sesebuah negara bersamaan atau kurang daripada jumlah karbon dioksida yang diserap oleh hutan dalam negara tersebut. Sasaran untuk menjadi sebuah negara yang neutral karbon sangat penting untuk mengekang krisis iklim. Ramai tidak mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara neutral karbon … Continue reading Malaysia harus menuju ke arah neutral karbon sebelum 2030

Salurkan penjimatan subsidi petrol kepada pengangkutan awam

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyalurkan penjimatan subsidi petrol kepada pengangkutan awam. Kerajaan Persekutuan dijangka hanya akan membelanjakan RM784.8 juta setahun berbanding RM6.91 bilion setahun untuk subsidi umum petrol sebelum ini. Penjimatan sebanyak RM6 bilion perlu disalurkan untuk memperkasakan pengangkutan awam, termasuk di luar negeri Selangor. Pengangkutan awam … Continue reading Salurkan penjimatan subsidi petrol kepada pengangkutan awam

Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan

16 tahun dahulu, pada 20 Mac 2003, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iraq dan mencetuskan Perang Iraq yang dahsyat. Pencerobohan tentera AS bersama dengan sekutunya (United Kingdom, Australia dan Poland), menjatuhkan rejim Saddam Hussein (yang pernah disokong AS ketika Perang Iran-Iraq 1980-1988) dengan cara ketenteraan, dan memulakan pendudukan tentera AS di Iraq selama … Continue reading Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan