Kerajaan Malaysia harus meminda undang-undang di negara kita untuk membolehkan setiap orang rakyat Malaysia yang bekerja di kedutaan asing di negara kita mempunyai hak untuk menyaman majikan mereka yang merupakan kedutaan asing itu sekiranya berlaku pemecatan kerja yang tidak adil.
Hentikan keganasan di Manipur
Pemuda Sosialis dan PSM mengadakan protes di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan terhadap keganasan yang semakin meningkat di Manipur.
Kerajaan AS terus berdegil halang keadilan untuk pengawal keselamatan
Kerajaan AS masih cuba menghalang pengawal keselamatan Subramaniam a/l Letchimanan yang menuntut keadilan kerana diberhentikan kerja secara tanpa sebab atau alasan yang adil sejak 15 tahun dahulu.
Kerajaan AS diarahkan bayar pampasan RM66,000 kepada pengawal keselamatan yang diberhentikan kerja secara tidak sah
Seorang pengawal keselamatan biasa menang kes terhadap Kedutaan AS dalam Mahkamah Perusahaan apabila Kedutaan AS diarahkan untuk membayar gaji ke belakang dan pampasan sebanyak RM66,000 kepadanya.
Hentikan perang di Ukraine! Berikan satu peluang kepada kedamaian!
15 MAC 2023 – KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan satu memorandum yang disokong oleh 14 buah organisasi di Malaysia kepada Pejabat Perwakilan Kesatuan Eropah di Malaysia dan Kedutaan Besar Persekutuan Rusia di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk menyatakan kebimbangan terhadap perang di Ukraine yang masih berterusan, dan menggesa untuk gencatan senjata serta … Continue reading Hentikan perang di Ukraine! Berikan satu peluang kepada kedamaian!
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Kerajaan AS: Akhirnya kes pemecatan pengawal keselamatan akan didengar di Mahkamah Perusahaan selepas 14 tahun
Selepas 14 tahun menanti, Subramaniam, seorang pengawal keselamatan biasa, akhirnya berjaya mengheret negara yang paling berkuasa di dunia ke mahkamah dan menang dalam pusingan ini.
Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS
KUALA LUMPUR - 3 FEBRUARI 2021: Mahkamah Rayuan memutuskan pada hari ini dalam satu perbicaraan atas talian, untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun lalu yang berpihak kepada Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang memohon untuk membatalkan rujukan kes pemberhentian kerja Subramaniam Letchimanan ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia. Keputusan Mahkamah Rayuan ini … Continue reading Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS
Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran
Kuala Lumpur - 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah. Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah … Continue reading Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran
Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun
oleh S. Arutchelvan Pada pagi 28 September 2018, saya tidak dibenarkan untuk masuk ke mesyuarat runding damai yang dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusaahaan (JPP) dalam kes antara seorang bekas pekerja di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan AS itu sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai JPP bahawa Kedutaan AS telah membantah kehadiran saya. Saya terkejut kerana … Continue reading Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun