Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran

Kuala Lumpur - 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah. Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah … Continue reading Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran

Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai

KUALA LUMPUR - 11 DISEMBER 2019: Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada hari ini, berkenaan dengan siasatan polis terhadap Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai yang diadakan baru-baru ini. Pihak polis sedang membuat siasatan terhadap perhimpunan untuk memperingati ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai … Continue reading Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai

Pakistan: Penahanan Ali Wazir dikecam masyarakat antarabangsa

Dua orang ahli parlimen pembangkang Pakistan, Ali Wazir dan Mohsin Dawar, telah ditahan baru-baru ini oleh Kerajaan Pakistan, berikutan peristiwa tentera Pakistan melepaskan tembakan ke atas orang awam yang berprotes di wilayah Waziristan. Pada 26 Mei 2019, satu perarakan oleh rakyat beretnik Pashtun di wilayah Waziristan yang terletak di Barat Laut negara Pakistan, telah dipukul … Continue reading Pakistan: Penahanan Ali Wazir dikecam masyarakat antarabangsa