Persoalan Taiwan: Pertembungan kuasa besar dunia dan cabaran kepada keamanan serantau

Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.

Revolusi Xinhai: Pembebasan nasional yang separuh jalan

Pada 10 Oktober 1911, tercetusnya satu pemberontakan di bandar Wuchang yang menandakan permulaan Revolusi Xinhai yang akhirnya menjatuhkan pemerintahan kerajaan monarki Dinasti Qing. Namun, revolusi nasionalis ini hanya berlaku sehingga separuh jalan apabila hasil kejayaannya diculik oleh golongan panglima tentera perang dan oligarki masyarakat yang mengekalkan keadaan semi-feudal dan semi-kolonial di negara China…

100 tahun Parti Komunis China

Parti Komunis China merupakan produk kebangkitan kesedaran pembebasan nasional rakyat China dan perjuangan massa dalam usaha menentang imperialisme, membebaskan masyarakat daripada feudalisme, melawan kolonialisme, menghapuskan penindasan kelas dan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil. Parti Komunis China lahir dalam gelombang revolusi yang hebat dan mempengaruhi trajektori sejarah China dalam tempoh masa satu abad selepasnya…

Tahun Baharu Cina dan Revolusi China

Tahukah anda, tokoh revolusi China moden, Sun Yat-sen, pernah berhasrat untuk menghapuskan sambutan “Tahun Baharu Cina”? Perayaan Tahun Baharu Cina ialah perayaan yang penting untuk masyarakat Cina di seluruh dunia. Ia menyambut permulaan tahun yang baharu dalam kalendar tradisional masyarakat Cina. Kalendar tradisional masyarakat Cina juga dikenali sebagai “Nong Li” yang membawa maksud “Kalender Pertanian”, … Continue reading Tahun Baharu Cina dan Revolusi China

Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes

  Pada tahun 2003, ketika dilanda penularan wabak koronavirus SARS, Kerajaan Hong Kong mengemukakan Rang Undang-undang Keselamatan Negara di dalam Dewan Perundangan (LegCo) Hong Kong, tetapi terpaksa menarik keputusan untuk meluluskan rang undang-undang yang dianggap menghakis autonomi bandaraya Hong Kong dan mencabul hak asasi manusia tersebut setelah tercetusnya protes besar-besaran pada 1 Julai 2003, iaitu … Continue reading Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes

Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytihar Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern, PHEIC) terhadap penularan wabak koronavirus baru, 2019-nCoV, yang tercetus di bandaraya Wuhan di China dan sedang menular di dalam dan luar negara China sekarang ini. Pengisytiharan ini dibuat selepas mesyuarat kedua Jawatankuasa Kecemasan yang dipanggil oleh Ketua … Continue reading Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik

Wabak Koronavirus Baru 2019-nCoV, atau juga dikenali sebagai Wabak Koronavirus Wuhan kerana ia paling awal ditemui di bandaraya Wuhan di China, sedang merebak bukan sahaja di bandaraya Wuhan dan Wilayah Hubei di China, tetapi di banyak tempat di dalam dan di luar negara China. Setakat 28 Januari 2020, dilaporkan seramai lebih 4600 orang telah disahkan … Continue reading Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik

Hong Kong: Tahun Baru disambut dengan perarakan besar dan gas pemedih mata

Setelah hampir 7 bulan dilanda gelombang protes yang terbesar dalam sejarah Hong Kong, nampaknya momentum perjuangan masih kuat lagi apabila melangkah masuk ke tahun 2020. Sejurus melepasi jam 12 malam memasuki 1 Januari, gas pemedih mata yang pertama untuk tahun 2020 ditembak oleh polis Hong Kong di Mongkok ketika menyuraikan demonstran di situ. Sebelum itu, … Continue reading Hong Kong: Tahun Baru disambut dengan perarakan besar dan gas pemedih mata