56661901_2086592031378261_5456166980702699520_n.jpg

RANTAU, NEGERI SEMBILAN – Parti Sosialis Malaysia (PSM) muncul di medan Pilihanraya Kecil (PRK) Rantau pada 7 April 2019, bukan untuk bertanding ataupun berkempen bagi mana-mana calon, tetapi untuk melancarkan Kempen Perumahan Nasional yang menuntut pada kerajaan supaya menurunkan harga rumah dan menyediakan rumah dengan harga yang benar-benar mampu milik bagi rakyat biasa.

Satu sidang akhbar telah diadakan di Pasar Pekan Rantau untuk melancarkan Kempen Perumahan Nasional PSM di peringkat Negeri Sembilan, diikuti dengan pengedaran risalah dan temubual dengan rakyat setempat. Turut hadir dalam pelancaran Kempen Perumahan Nasional PSM semalam ialah Sivarajan Arumugam (Setiausaha Agung PSM).

20190407 - rumah

Ahli-ahli PSM bertemu dengan penduduk tempatan di Rantau untuk menjalankan soal selidik tentang pandangan mereka terhadap harga rumah masa kini. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan. Ramai menyatakan sokongan terhadap kempen PSM untuk mendesak supaya harga rumah diturunkan.

56532445_2086592854711512_652535442138202112_n

Menurut aktivis PSM Cawangan Seremban S. Tinagaran, “Kebanyakan orang menyokong usaha kami ini dan mengatakan bahawa kerajaan sepatutnya memfokus pada isu ini, bukannya mempolitikkan isu-isu yang tiada faedah kepada rakyat. Kerajaa dahulu langsung tidak peduli tentang isu perumahan sehingga harga rumah melonjak tinggi, menjadikan rumah hanya mampu mimpi bukannya mampu milik. Kini, Kerajaan Pakatan Harapan juga tidak mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu golongan berpendapatan rendah ini. Harga rumah sudah terlalu tinggi sehingga rakyat mimpi untuk memilikinya pun tidak mampu.”

Kempen Perumahan Nasional PSM bertujuan untuk mendesak pada Kerajaan supaya mengambil tindakan yang konkrit untuk mengurangkan harga rumah supaya rakyat biasa mampu memiliki rumah. PSM telah mencadangkan supaya harga untuk rumah di bawah kategori rumah mampu milik perlu ditetapkan pada paras tidak melebihi RM 100,000.

S. Tinagaran mengatakan bahawa Kempen Perumahan PSM di peringkat Negeri Sembilan akan berlangsung selama sebulan, dengan ahli-ahli PSM Cawangan Seremban akan menjelajah sekitar Negeri Sembilan untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap cadangan untuk menurunkan harga rumah. “Kami berharap semua dapat memberi sokongan dan menjayakan Kempen Perumahan kami di peringkat Negeri Sembilan ini,” begitu katanya Tinagaran.

20190407 - rumah06

 

One thought on “PSM lancar Kempen Perumahan di Negeri Sembilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s