20180906 - jangan hina pekerja.jpg

(Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan pada 6 September 2018 oleh Sivaranjani Manickam, Ahli Jawatakuasa Pusat PSM merangkap Ketua Biro Pekerja PSM)

Setelah menunggu untuk dua tahun dan dua bulan, akhirnya pengumuman kenaikan gaji minimum dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri. Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dengan keputusan Kerajaan Pakatan Harapan yang menaikkan gaji minimum sebanyak RM50, iaitu dari RM 1,000 kepada RM 1,050. Walaupun PSM mengalu-alukan langkah menyamaratakan gaji minimum di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, tetapi kenaikan gaji minimum sebanyak RM 50 sahaja adalah satu penipuan yang besar kepada golongan pekerja di Malaysia.

Dalam dua tahun yang lepas, kerajaan telah menjemput semua pihak dalam konsultasi tentang amaun baru gaji minimum dan PSM sendiri telah menghadiri konsultasi dengan Majlis Perundingan Gaji Negara dan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara sebanyak tiga kali sejak bulan November 2017. Dalam setiap konsultasi, PSM mengutarakan pelbagai masalah sebenar yang dihadapi oleh pekerja dan mengemukakan analisis mengapa gaji minimum harus dinaikkan ke RM 1,500 sebulan. Dalam konsultasi terakhir, iaitu pada 17 Julai 2018, Majlis Perundingan Gaji Negara mencadangkan gaji minimum sebanyak RM 1,250 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 1,000 bagi Sabah dan Sarawak. Dengan mengambilkira keperluan untuk menyamaratakan gaji di seluruh negara, maka cadangan RM 1,170 dibangkit. Jika kita meneliti pengumuman terkini, cadangan Majlis Perundingan Gaji Negara diabaikan langsung. Amaun gaji minimum baru diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri! Maka, apakah fungsi Majlis Perundingan Gaji Negara? Baik tutup Majlis ini jika semua konsultasi dengan pihak terbabit adalah wayang kulit semata-mata.

Kami juga mendapati bahawa dalam semua konsultasi, majikan asyik melobi untuk kenaikan RM 50 sahaja. Sekarang kita melihat cadangan majikan diambil bulat-bulat tanpa mempertimbangkan cadangan wakil pekerja. PSM menuntut RM 1,500 sebulan, manakala Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyatakan gaji minimum RM 1,800 harus dilaksanakan. Akhirnya majikan menang!

Setiap kali gaji minimum dikaji, maka satu tempoh masa akan dimakan oleh Kerajaan. Pada kali pertama gaji minimum dikaji, 18 bulan hilang dan gaji minimum baru dilaksanakan pada Julai 2016 (yang sepatutnya dilaksanakan 1 Jan 2015). Sekarang, amaun baru gaji minimum yang sepatutnya dilaksanakan mulai Julai 2018 pula ditundakan ke Januari 2019. Enam bulan hilang di sini. Masalah ini harus diselesaikan! Kajian harus dilakukan dalam jangkamasa 2 tahun dan keputusan dilaksanakan serta-merta. Jangan mangsakan pekerja kerana pentadbiran kerajaan yang tidak efisyen.

Dengan kenaikan gaji minimum hanya RM 50 ini, bagaimana pekerja akan menanggung kos hidup yang semakin meningkat, tambahan pula dengan beban cukai SST? Kenaikan ini tidak akan meningkatkan kuasa beli pekerja, mahupun merangsang ekonomi secara keseluruhan. Syabas kepada Kerajaan Pakatan Harapan! Inilah hadiah yang diberi oleh Kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat yang dahagakan perubahan selama 61 tahun!

Lebih-lebih lagi, dengan permulaan RM 1,050, adakah Pakatan Harapan akan menunaikan janji gaji minimum RM1500 dalam satu penggal di bawah pentadbiran mereka? Pasti tidak. Kenaikan gaji minimum yang seterusnya hanya akan dikaji pada tahun 2021 dan selepas itu penggal pertama akan habis. Maka, hanya ada satu kali lagi kenaikan dalam satu penggal ini. Adakah gaji minimum akan dinaikkan sebanyak RM 450 pada tahun 2021?

Akhirnya pekerja telah ditipu! Janji RM 1500 menjadi sekadar janji mulut manis. Satu lagi, jangan kita lupa sepanjang pentadbiran Mahatir selama 22 tahun pada kali pertamanya menjadi PM, undang-undang gaji minimum tidak menjadi realiti walaupun pekerja memberikan pelbagai tekanan pada masa itu. Sandiwara ini akan berterusan dalam era Tun Mahatir 2.0!

2 thoughts on “Pakatan hampakan pekerja, kenaikan gaji minimum RM 50 satu penipuan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s