Hari Kesihatan Sedunia 2021: Lindungi kesihatan rakyat dunia daripada ancaman virus kapitalis

Krisis pandemik COVID-19 menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa betapa pentingnya untuk sebuah sistem kesihatan awam yang sempurna dalam melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat. Krisis ini juga membongkarkan hakikat bahawa sistem ekonomi kapitalis yang mendominasi dunia kita hari ini telah gagal sepenuhnya dalam mewujudkan sistem kesihatan awam yang mampu menyelamatkan rakyat dunia daripada ancaman kesihatan yang berterusan.

Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19

Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada 14 April 2020 bahawa Kerajaan AS memutuskan untuk menghentikan sumbangan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengumuman ini dibuat pada ketika angka kematian seluruh dunia yang disebabkan oleh wabak COVID-19 telah mencecah 130,000 orang, dan negara AS sendiri merupakan negara yang … Continue reading Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19

WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik

Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), telah menjadi tumpuan dunia hampir dua bulan kebelakangan ini, dan membunyikan loceng amaran kepada kesihatan rakyat sedunia. Wabak yang bermula dari bandaraya Wuhan di negara China pada bulan Disember 2019 ini, telah merebak ke seluruh negara China dan juga sudah lebih 30 buah negara atau wilayah di peringkat dunia. Pertubuhan … Continue reading Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytihar Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern, PHEIC) terhadap penularan wabak koronavirus baru, 2019-nCoV, yang tercetus di bandaraya Wuhan di China dan sedang menular di dalam dan luar negara China sekarang ini. Pengisytiharan ini dibuat selepas mesyuarat kedua Jawatankuasa Kecemasan yang dipanggil oleh Ketua … Continue reading Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru