Perjuangan kelas sebelum kapitalisme (Siri Revolusi Dunia – 01)

Pertentangan kelas sentiasa ada selagi masyarakat kelas itu masih wujud. Perjuangan kelas boleh tercetus apabila pertentangan kelas itu tidak dapat lagi dibendung, sama ada dengan cara yang lembut atau keras. Perjuangan kelas yang hebat pada zaman sebelum wujudnya kapitalisme pernah berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Di mana adanya ketidaksamarataan, ketidakadilan, perhambaan, pemaksaan dan penindasan, di situ semestinya timbul perjuangan kelas untuk mengubah keadaan.

75 tahun Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat: Impian yang belum tercapai

Sejarah masyarakat selama ini telah mengajar kita bahawa usaha menegakkan hak asasi manusia merupakan satu proses yang berterusan dan harus diteruskan lagi. Visi untuk sebuah masyarakat di mana seluruh rakyat menikmati hak asasi manusia secara sama rata, masih merupakan matlamat yang relevan pada hari ini tetapi masih belum tercapai.

Hari Wanita Antarabangsa: Pembebasan wanita dan kesamarataan gender yang belum selesai

Apabila dunia kita semakin maju dari segi pembangunan ekonomi dan kecanggihan teknologi, dengan robot dan kecerdasan buatan (AI) sudah dapat menggantikan manusia untuk melakukan pelbagai perkara, masih wujudnya ketidaksamarataan gender yang ketara, seperti yang ditunjukkan dalam statistik di atas. Walaupun banyak hak wanita telah direalisasikan hasil daripada usaha perjuangan masyarakat yang berterusan, masih terdapat banyaknya penindasan terhadap wanita, keganasan terhadap wanita dan jurang antara gender yang masih besar dalam pelbagai aspek.