24 orang pengawal keselamatan yang bertugas di 6 buah sekolah di kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tidak dibayar gaji selama 3 bulan!
Tidak berperikemanusiaan! – Bantuan warga emas dihentikan atas alasan tinggal di pusat jagaan tidak berlesen
PSM Pulau Pinang amat kecewa dengan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang yang memberhentikan bayaran bantuan kebajikan bulanan, seperti Bantuan Warga Emas (BWE) dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, kepada beberapa orang atas alasan yang tidak munasabah, iaitu mereka tinggal di pusat jagaan yang tidak berlesen.
PSM Pulau Pinang lancar Pungutan Suara Rakyat mengenai Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 2023
PSM Pulau Pinang melancarkan Pungutan Suara Rakyat untuk mendapatkan pandangan daripada para pengundi mengenai penglibatan PSM dalam PRN Pulau Pinang dan isu-isu yang harus diberi perhatian dalam PRN Pulau Pinang yang akan datang ini.
Jangan biar tragedi tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus berulang lagi! – Perlu mitigasi segera untuk projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!
Maklum balas PSM Pulau Pinang terhadap Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030
Maklum balas daripada PSM Pulau Pinang terhadap Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 (DRTPPp 2030) yang diserahkan kepada Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Kumpulan masyarakat sivil Pulau Pinang tolak Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) yang bermasalah
Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil di Pulau Pinang membantah Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 (DRTPPp 2030) yang penuh dengan kesilapan dan masalah yang boleh membawa impak besar kepada penduduk Pulau Pinang.
Ulasan mengenai isu perumahan dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030
Cadangan mengenai perumahan kos rendah dan perumahan mampu milik yang terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 mempunyai banyak kelemahan dan tidak memadai dalam menangani masalah perumahan yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang.
Pekerja kilang Panasonic Automotive Systems berpiket tuntut rundingan perjanjian kolektif segera
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik (EIEU) Wilayah Utara Semenanjung Malaysia berpiket di hadapan kilang Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn Bhd (PASMY) untuk berprotes terhadap tindakan pihak majikan yang sengaja melambat-lambatkan proses rundingan perjanjian kolektif.
CIMB zalimi B40: Lelong rumah rakyat miskin semasa pandemik
Aksi protes serentak diadakan di Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Georgetown dan Johor Bahru, untuk bersolidariti dengan mangsa penipuan dan kezaliman bank komersial yang bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan melelong rumah rakyat miskin pada ketika keluarga berpendapatan rendah ini ditimpa kesusahan sedangkan bank itu mengaut keuntungan lumayan.
Pekerja bank berpiket bantah kezaliman HSBC yang cabul hak asasi manusia
Ahli-ahli kesatuan NUBE berpiket untuk mengetengahkan suara pekerja bank yang ditindas oleh HSBC dan menggesa pihak pengurusan HSBC supaya menyelesaikan 300 pertikaian perusahaan yang telah wujud sejak tiga tahun lalu.