oleh S. Arutchelvan Adalah pendapat kami dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) bahawa semua pihak patut mengambil satu langkah ke belakang dengan tidak meneruskan sebarang mobilisasi berwajahkan satu etnik atau satu agama kerana tindakan sebegini tidak akan membawa apa-apa yang baik untuk masa depan Malaysia. Sebaliknya, juara sebenar untuk politik negara adalah mereka yang berjaya menggerakkan … Continue reading PSM tidak sokong mobilisasi berasaskan politik etnik atau agama
Kontroversi Khat: 6 mukasurat yang ancam perpaduan?
oleh S. Arutchelvan Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang berkenaan kerana berjaya mempopularkan perkataan khat atau seni khat. Sebenarnya, sebelum ini saya tidak pernah mendengar perkataan ini. Samalah seperti saya tidak pernah mendengar istilah “Bahasa Baku” sebelum Anwar Ibrahim perkenalkannya sebagai Menteri Pendidikan, atau perkataan “liwat” yang menjadi popular sekitar tahun … Continue reading Kontroversi Khat: 6 mukasurat yang ancam perpaduan?
Kita semua adalah rasis?
oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?
Kapitalisme dan perkauman
Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman
13 Mei dan politik perkauman
13 Mei 1969 ialah titik hitam dalam sejarah negara kita. Pada 50 tahun dahulu, selepas Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO gagal memperoleh majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat berikutan Pilihanraya Umum ke-3 pada 10 Mei 1969, tercetusnya satu rusuhan kaum yang meragut nyawa ramai orang pada 13 Mei 1969 dan Darurat diisytihar. Peristiwa tersebut telah … Continue reading 13 Mei dan politik perkauman
Keganasan di Christchurch: Perkauman itu membunuh
Peristiwa keganasan pembunuhan beramai-ramai di Christchurch, New Zealand, yang berlaku pada 15 Mac 2019, merupakan satu tragedi dan jenayah terhadap kemanusiaan yang diakibatkan oleh perluasan fahaman berhaluan kanan yang ekstrim. Serangan keganasan di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood semasa solat Jumaat telah membunuh seramai 50 orang dan mencederakan lagi lebih 50 orang. Polis … Continue reading Keganasan di Christchurch: Perkauman itu membunuh
Nik Aziz berikrar tolak politik perkauman
SEMENYIH, SELANGOR – 17 FEBRUARI 2019: Selain mengisytiharkan harta pada hari ini, Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, turut melafazkan Ikrar Anti-Rasisme di hadapan wartawan-wartawan dan pengundi-pengundi Semenyih. Nik Aziz mengatakan bahawa diskriminasi perkauman dan politik perkauman bagai satu penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada … Continue reading Nik Aziz berikrar tolak politik perkauman
Malaysia “Baru” perlu tafsir kemiskinan Melayu dengan cara yang lebih berkesedaran
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa namun tidak begitu terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 15 Januari 2019. Perdana Menteri Dr. Mahathir mengatakan bahawa kemiskinan merupakan masalah “Melayu” dan nampaknya tidak mengaku bahawa terdapatnya perbezaan sosio-ekonomi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Pendekatan sebegini untuk menangani kemiskinan … Continue reading Malaysia “Baru” perlu tafsir kemiskinan Melayu dengan cara yang lebih berkesedaran
ICERD dan politik perkauman: Malaysia baru, ancaman lama
Isu ICERD menjadikan isu yang paling hangat dibincangkan baru-baru ini apabila timbulnya tentangan hebat daripada golongan berhaluan kanan terhadap hasrat Kerajaan Malaysia untuk menandatangani konvensyen hak asasi manusia antarabangsa tersebut. Sentimen perkauman telah diapi-apikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka memobilisasi untuk menentang ICERD. Dalam suasana yang semakin tegang akibat daripada politik … Continue reading ICERD dan politik perkauman: Malaysia baru, ancaman lama
Ada apa dengan ICERD?
Isu ICERD menjadi satu topik hangat di negara kita baru-baru ini, apabila terdapatnya golongan berhaluan kanan yang giat membarakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk membantah usaha Kerajaan Malaysia untuk menandatangani dokumen hak asasi manusia antarabangsa ini. Ketika kumpulan berhaluan kanan memobilisasi untuk himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018, Kerajaan Pakatan Harapan telah … Continue reading Ada apa dengan ICERD?