Persoalan Taiwan: Pertembungan kuasa besar dunia dan cabaran kepada keamanan serantau

Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.

Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai

KUALA LUMPUR - 11 DISEMBER 2019: Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada hari ini, berkenaan dengan siasatan polis terhadap Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai yang diadakan baru-baru ini. Pihak polis sedang membuat siasatan terhadap perhimpunan untuk memperingati ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai … Continue reading Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai

Perjanjian Damai Hatyai 1989: Pengakhiran tragedi sejarah yang dipaksakan imperialis Zaman Perang Dingin

2 Disember 2019 ialah ulangtahun ke-30 pemeteraian Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang menandakan pengakhiran satu konflik bersenjata yang berlarutan untuk lebih 40 tahun di negara kita. Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 Disember 1989, antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Upacara penandatanganan perjanjian yang penuh bersejarah ini diadakan di Hotel … Continue reading Perjanjian Damai Hatyai 1989: Pengakhiran tragedi sejarah yang dipaksakan imperialis Zaman Perang Dingin

Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan

30 tahun dahulu, pada 9 November 1989, ribuan rakyat Jerman Timur melintasi Tembok Berlin untuk memasuki kawasan Jerman Barat di bandar Berlin, menjadi satu pemandangan bersejarah yang dianggap sebagai tanda berakhirnya Perang Dingin. Blok Barat yang diketuai oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat menyifatkan kejatuhan Tembok Berlin sebagai kemenangan untuk “Dunia Bebas” yang dikuasai imperialis Barat. … Continue reading Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan