Kerajaan Negeri Perak harus mengambil tindakan konkrit dan segera untuk mengekalkan tanah kerajaan serta kawasan lapang di sekitar Klinik Kesihatan Menglembu bagi tujuan pembesaran fasiliti kesihatan awam dan penyediaan tempat letak kenderaan.
Peruntukan RM30 juta turap jalan di Perak: Jangan tunggu hingga PRU-16, laksanakan segera!
Infrastruktur dan kemudahan jalan raya yang selamat serta selesa adalah hak asas setiap penduduk di Perak. Kerajaan Negeri Perak dan KPKT perlu bertindak pantas, telus, dan adil dalam menyalurkan peruntukan ini demi keselamatan serta kesejahteraan seluruh rakyat Perak.
Kerajaan Negeri Perak perlu fahami keperluan sebenar anak muda, bukan sekadar beri RM500 untuk berkahwin
Kerajaan Negeri Perak perlu melihat persoalan yang lebih asas: apakah sebenarnya keperluan utama anak muda Perak pada hari ini?
Jangan salahkan warga emas dan keluarga mereka atas kesesakan di hospital
PSM Perak berpandangan bahawa isu kesesakan di hospital kerajaan perlu ditangani dengan mencari punca sebenar dan penyelesaian yang berkesan, bukannya meletakkan kesalahan kepada warga emas dan ahli keluarga mereka yang hadir untuk mendapatkan rawatan.
MBI harus ambil tindakan segera terhadap lori sampah terbuka dan kebocoran air larut lesap di Jalan Ipoh-Lumut
PSM Parlimen Batu Gajah mendesak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya mengambil tindakan segera terhadap isu lori sampah yang membawa muatan secara terbuka serta dipercayai membocorkan air larut lesap sisa sampah ke atas Jalan Ipoh-Lumut ketika dalam perjalanan menuju ke Tapak Pelupusan Lahat-Papan.
PMX harus gunakan kesungguhan politik untuk selamatkan biara di Gunung Kanthan
Kita tidak seharusnya melihat isu ini semata-mata sebagai isu tanah. Yang dipertaruhkan ialah sebuah warisan yang mempunyai nilai sejarah, keagamaan dan budaya yang tersendiri.
DAP perlu nilai semula prestasi kerajaan, bukan sekadar putuskan untuk kekal dalam kerajaan
Rakyat tidak menilai sesebuah parti berdasarkan slogan semata-mata. Rakyat menilai berdasarkan tindakan dan hasil yang dapat dirasai dalam kehidupan seharian. Kos sara hidup, gaji yang tidak seimbang dengan kenaikan harga barang, peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan awam dan pelaksanaan reformasi institusi masih menjadi antara isu utama yang dihadapi rakyat.
Bicara kes aktivis PSM didakwa kerana pertahankan keterjaminan makanan: Saksi pertama gagal cam defendan
Selepas menunggu hampir tiga tahun, kes perbicaraan terhadap Chong Yee Shan mula diadakan dengan pihak pendakwaan memanggil pengadu utama yang juga merupakan saksi pertama kes ini untuk memberi keterangan di hadapan majistret.
Menteri Pendidikan harus ambil alih siasatan dakwaan pembulian guru SJK(T) Ladang Changkat Kinding
PSM menyeru campur tangan segera Menteri Pendidikan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap sistem pengurusan aduan di Kementerian Pendidikan serta memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan, malah dilihat benar-benar dilaksanakan.
Penduduk 7 kawasan di Sungai Siput perjuangkan hak tanah
Penduduk-penduduk dari 7 buah kawasan kampung dan taman perumahan di Sungai Siput berprotes di hadapan PDT Sungai Siput untuk mendesak pihak berkuasa tanah supaya menyelesaikan masalah tanah di kawasan mereka.
