Kita hanya berpeluang untuk terus hidup dengan maruah yang sedia ada dan keluar daripada kesusahan sekiranya kita dapat mengenal pasti dan meninggalkan loji janakuasa pengumpulan modal.
Kemahakuasaan atau kekhayalan teknologi (Bahagian 2)
Ada apa dengan teknologi “solar radiation management” (SRM)?
Kemahakuasaan atau kekhayalan teknologi (Bahagian 1)
Bolehkah teknologi canggih di bawah kapitalisme hijau benar-benar menyelesaikan krisis iklim?
Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya, “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim”, dengan satu lagi amaran kepada kerajaan-kerajaan di dunia untuk mengambil tindakan serta-merta supaya mengehadkan pemanasan global dalam lingkungan 1.5oC sekiranya dunia kita hendak mengelak daripada malapetaka iklim yang lebih besar. Laporan “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim” … Continue reading Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
Pasaran Hijau yang penuh keajaiban
Mekanisme pasaran karbon yang membolehkan syarikat korporat yang melepaskan karbon berlebihan itu menebus dosa pemanasan globalnya, bagaikan mekanisme penjualan indulgensi pada Zaman Pertengahan di Eropah untuk mengekalkan kepentingan kelas pemerintah.
Melangkaui petroleum
Pada suatu petang yang penuh kemurungan, pengaliran udara kelihatan seolah-olah berhenti, sungai-sungai berdekatan penuh dengan bangkai ikan kerana tumpahan minyak terjadi akibat daripada keusangan paip minyak berhampiran dengan sungai. Campuran bau minyak, gas asli dan kematian meresapi udara. Helikopter miliki Chevron (syarikat gergasi petroleum) baru saja diisi penuh dengan bahan bakar. Juruterbang menghidupkan enjin dan bilah kipas helikopter berdengung seperti lalat yang terbang. Namun, kali ini ia bukan menghantar pekerja ke pelantar petroleum di luar pesisir. Penumpang kali ini merupakan tentera bersenjata Nigeria yang diperintah untuk mematahkan secara ganas gerakan Occupy yang dilancarkan oleh golongan pemuda dengan pendekatan bukan keganasan.
“Aku tidak percaya pada pemanasan global”
Hak istimewa dari segi ekonomi dan sosial secara relatif yang dinikmati oleh golongan penyangkal iklim bukan sahaja memberi mereka kelebihan untuk menghadapi krisis ekonomi baharu, malah mereka juga memiliki modal secukup untuk mereka menghadapi krisis perubahan iklim dengan sikap yang lebih optimis. Di samping itu, mereka juga mengambil kesempatan daripada bencana untuk menjana keuntungan.
Laporan IPCC: Kod merah untuk umat manusia hadapi krisis iklim
Laporan IPCC terbaru mengemukakan fakta bahawa secara jelasnya aktiviti manusia telah memanaskan planet Bumi kita pada kadar yang tidak pernah wujud dalam tempoh seratus tahun kebelakangan ini berbanding 2,000 tahun dahulu.
Wabak penyakit perampasan yang tidak terhingga
Untuk mengelakkan virus “perampasan” ini daripada terus melakukan penaklukan, kita harus menyemak semula makna KDNK (keluaran dalam negara kasar) seperti mana kita memeriksa DNA virus.
Beli! Beli! Beli!
“Aku membeli-belah, maka aku wujud” ialah corak kehidupan yang kuat disemaikan oleh sistem politik dan ekonomi kapitalis kini, mengakibatkan orang ramai keliru sehingga menganggap bahawa inilah sifat manusia.