Walaupun momentum gerakan Jaket Kuning (Gilets jaunes) sudah merosot pada ketika ia menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan lalu, tetapi negara Perancis sekarang dilanda pula dengan gelombang aksi mogok pekerja yang terbesar sejak tahun 2010. Pekerja-pekerja Perancis yang marah pada rancangan kerajaan Presiden Emmanuel Macron untuk melaksanakan “pembaharuan” terhadap pencen yang bakal menghakis perlindungan hari tua mereka, … Continue reading Perancis: Pekerja mogok untuk lawan “pembaharuan” pencen
Benarkah Melayu malu untuk terima gaji RM1100 sebulan tapi tak malu menerima bantuan RM500 setahun?
oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Melayu malu bekerja dalam sektor bahaya, kotor dan sukar yang hanya ditawarkan gaji minimum RM1100 sebulan tetapi tidak malu untuk menerima saguhati RM500 setahun. Adakah ini benar? Sebagai seorang Melayu, perkara ini adalah sesuatu … Continue reading Benarkah Melayu malu untuk terima gaji RM1100 sebulan tapi tak malu menerima bantuan RM500 setahun?
“Kami tidak akan bersubahat!”: Pekerja pelabuhan Itali mogok untuk halang penghantaran senjata ke Arab Saudi
oleh Hadri A Rahman Pada 20 Mei 2019, pekerja dari kesatuan pekerja Konfederasi Umum Buruh Itali (CGIL), dengan kerjasama parti politik “Kuasa Kepada Rakyat” (Potere al Popolo, PaP) dan kumpulan anti-fasis dan pasifis di pelabuhan Genoa telah melancarkan mogok membantah keputusan pihak berkuasa Itali yang memberi kebenaran kepada sebuah kapal kargo Arab Saudi, Bahri Yanbu, … Continue reading “Kami tidak akan bersubahat!”: Pekerja pelabuhan Itali mogok untuk halang penghantaran senjata ke Arab Saudi
Mogok Umum Winnipeg 1919
100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919
Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?
Perjuangan kelas merupakan penggerak sejarah masyarakat manusia. Perjuangan kelas telah membawa perubahan kepada masyarakat kita dalam pelbagai aspek.
Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah
Roman dan isterinya Maheswary bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport Co. Sdn Bhd, anak syarikat kepada Nam Bee Company. Kedua-dua mereka telah diberhentikan kerja atas dua pertuduhan, iaitu memukul seorang warga Nepal dan mengingkar arahan … Continue reading Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah
India: 160 juta pekerja mogok
India menyambut tahun baru 2019 dengan aksi mogok yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah, terbesar bukan sahaja di India tetapi di Dunia. Pada 8 dan 9 Januari 2019, seramai 160 juta orang pekerja bermogok di seluruh India. Pekerja-pekerja India yang ditindas oleh dadar neo-liberal yang berlarutan untuk tiga dekad dan dihakis hak-hak pekerja mereka oleh … Continue reading India: 160 juta pekerja mogok
Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”
Hampir 10,000 orang rakyat Hungary turun berprotes di Budapest, ibu negara Hungary, pada 16 Disember 2018 untuk membantah undang-undang buruh baru negara tersebut yang disifatkan sebagai “undang-undang hamba”. Para demonstran turut menyuarakan tentangan mereka terhadap pentadbiran kerajaan berhaluan kanan yang dipimpin Perdana Menteri Viktor Orbán. Gelombang protes terbaru di Hungary baru-baru ini merupakan aksi bantahan … Continue reading Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”
Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel
Hampir 130,000 orang ahli Kesatuan Pekerja Logam Korea (KMWU) di 109 buah tempat kerja di Korea Selatan telah menyertai mogok nasional yang dianjurkan oleh Konfederasi Kesatuan Sekerja Korea (Korean Confederation of Trade Unions, KCTU) pada 21 November 2018. Menurut KCTU, seramai 160,000 orang pekerja telah mengambil bahagian dalam aksi mogok yang membantah tindakan kerajaan memperluaskan … Continue reading Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel
Pemerasan
Pemerasan atau eksploitasi berlaku apabila pekerja dipaksa untuk bekerja, bukan lagi untuk perkembangan diri sendiri, tetapi untuk menghasilkan surplus yang diambilalih oleh kapitalis. Dalam rencana bertajuk “Nilai Surplus dan Modal”, telah diperkenalkan bahawa aktiviti “beli untuk jual” diungkapkan dalam formula: M-C-M’, di mana M’ > M. Maka perbezaan nilai M’ dengan M, adalah nilai surplus … Continue reading Pemerasan
