100 tahun Parti Komunis China

Parti Komunis China merupakan produk kebangkitan kesedaran pembebasan nasional rakyat China dan perjuangan massa dalam usaha menentang imperialisme, membebaskan masyarakat daripada feudalisme, melawan kolonialisme, menghapuskan penindasan kelas dan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil. Parti Komunis China lahir dalam gelombang revolusi yang hebat dan mempengaruhi trajektori sejarah China dalam tempoh masa satu abad selepasnya…

Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes

  Pada tahun 2003, ketika dilanda penularan wabak koronavirus SARS, Kerajaan Hong Kong mengemukakan Rang Undang-undang Keselamatan Negara di dalam Dewan Perundangan (LegCo) Hong Kong, tetapi terpaksa menarik keputusan untuk meluluskan rang undang-undang yang dianggap menghakis autonomi bandaraya Hong Kong dan mencabul hak asasi manusia tersebut setelah tercetusnya protes besar-besaran pada 1 Julai 2003, iaitu … Continue reading Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes

Revolusi China 1949

1 Oktober 2019 menandakan ulangtahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, hasil daripada perjuangan Revolusi China yang diterajui oleh Parti Komunis China. Bagi pendukung negara China hari ini, semestinya hari 1 Oktober disambut dengan meriahnya dengan niat mengagung-agungkan pencapaian “hebat” negara China di bawah pemerintahan Parti Komunis China dan “kebangkitan” negara China sebagai kuasa besar dunia; … Continue reading Revolusi China 1949

Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China

Tahun ini menandakan ulangtahun ke-30 Peristiwa 4 Jun, satu tragedi berdarah yang berlaku di negara China. Sehari sebelum 4 Jun 1989, lagu Internasionale, sebuah lagu perjuangan yang melambangkan solidariti pekerja sedunia, masih berkumandang di Dataran Tiananmen, tetapi sehari selepas itu bunyi tembakan dan enjin kereta kebal di bandar Beijing telah melenyapkan impian rakyat China untuk … Continue reading Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China

Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan

Tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 Gerakan 4 Mei di China. Gerakan 4 Mei yang muncul sebagai satu gerakan budaya dan politik pembaharuan yang anti-imperialis, menyaksikan percambahan pemikiran pelbagai aliran dalam usaha mencari jalan untuk pembebasan nasional. Gerakan ini tercetus daripada kebangkitan semangat nasionalis yang hebat selepas tamatnya Perang Dunia I. Gerakan 4 Mei merupakan sebahagian … Continue reading Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan