JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan

KUALA LUMPUR – 15 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengemukakan seruan kepada semua Ahli Parlimen supaya menyokong kempen untuk menghapuskan sistem kontrak dalam perkhidmatan sokongan di premis kerajaan. Seruan ini telah disahut oleh beberapa orang Ahli Parlimen yang mengadakan satu sidang akhbar di dalam Parlimen pada hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap … Continue reading JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan

Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat banyak keluhan daripada masyarakat kaum India tentang ketidakadilan yang kononnya wujud dalam Belanjawan Persekutuan 2021. Banyak komen dipapar dalam media sosial yang merungut tentang peruntukan sebanyak RM11.1 bilion untuk pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera sedangkan hanya RM100 juta sahaja diberi kepada masyarakat India untuk tujuan yang sama. Ramai mengatakan Belanjawan ini … Continue reading Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?

Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan

oleh Nik Aziz Afiq Pemuda Sosialis merakamkan takzim atas keprihatinan Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terhadap perkembangan semasa politik negara yang penuh kacau bilau mutakhir ini. Peranan Baginda dalam menjadi simbol penyatuan dan neutral dalam pemerintahan telah membantu negara menghadapi krisis demi krisis saban waktu. Ketika negara mulai bimbang apabila cadangan darurat disebut-sebut … Continue reading Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan

Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain

oleh Nik Aziz Afiq Kita sedang berada dalam mood meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kita ke-63. Bagi umat Islam, baru sahaja sampai setengah bulan dari awal tahun Hijrah. Dua peristiwa besar yang dikenang setiap tahun ini dicemari baru-baru ini apabila Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Nik Muhammad Zawawi Salleh, menayangkan keangkuhan dengan menghiris hati komuniti Kristian dalam … Continue reading Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain

Pilihanraya tempatan: Jika pernah bersedia menyakinkan Mahathir, kenapa pula gagal yakinkan Muhyiddin?

oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kecewa dengan kenyataan Zuraida Kamaruddin selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini di Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan melaksanakan rancangan untuk mengembalikan pilihanraya tempatan. Pilihanraya Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan salah satu tunjang yang penting kepada sebuah demokrasi … Continue reading Pilihanraya tempatan: Jika pernah bersedia menyakinkan Mahathir, kenapa pula gagal yakinkan Muhyiddin?

Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas, mencadangkan semasa berdebat dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini untuk meminda undang-undang pilihanraya supaya pemilihan wakil rakyat dibuat berdasarkan parti bukannya calon, bagi menangani masalah lompat parti dan membanteras rasuah. Cadangan ini telah menarik perhatian pelbagai pihak berkisar pada isu lompat parti dan sistem pilihanraya baru. Cadangan … Continue reading Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Kerajaan perlu bentang laporan terperinci impak COVID-19 dalam sesi Parlimen bulan Julai 2020

oleh A. Sivarajan Pada ketika kedua-dua gabungan politik Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang bertelagah dalam isu perlantikan Speaker Dewan Rakyat dan siapa yang patut dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika PH berkuasa semula, PSM menggesa Kerajaan supaya memfokus semula pada isu-isu yang menjejaskan rakyat pasca COVID-19 dalam sesi persidangan Parlimen yang akan datang.  … Continue reading Kerajaan perlu bentang laporan terperinci impak COVID-19 dalam sesi Parlimen bulan Julai 2020

Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan

KUALA LUMPUR - 4 DISEMBER 2019: Lebih 500 orang berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini untuk menuntut pada Kerajaan Persekutuan supaya menggubal undang-undang yang menjamin hak perumahan masyarakat ladang di seluruh Malaysia. Aksi yang disertai oleh pekerja, bekas pekerja dan penduduk di lebih 30 buah ladang di seluruh Malaysia ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sokongan … Continue reading Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan