20 Jun setiap tahun ialah Hari Pelarian Sedunia. Hari ini didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang keadaan dan cabaran yang dihadapi oleh pelarian di seluruh dunia. Pada 4 Disember 2000, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 55/76, yang memutuskan bahawa 20 Jun setiap tahun mulai 2001 akan disambut sebagai Hari Pelarian Sedunia, bersempena … Continue reading 20 Jun: Hari Pelarian Sedunia
Salam Aidilfitri 2019
SALAM IDULFITRI DARI PARTI SOSIALIS MALAYSIA NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid dan Khairul Nizam bin Abdul Ghani Hanya beberapa jam saja lagi, umat Islam akan selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun ini, dan insyaAllah, Hari Raya Idul Fitri akan disambut sebagai kemenangan setelah sebulan berlapar dan … Continue reading Salam Aidilfitri 2019
Kita semua adalah rasis?
oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?
13 Mei dan politik perkauman
13 Mei 1969 ialah titik hitam dalam sejarah negara kita. Pada 50 tahun dahulu, selepas Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO gagal memperoleh majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat berikutan Pilihanraya Umum ke-3 pada 10 Mei 1969, tercetusnya satu rusuhan kaum yang meragut nyawa ramai orang pada 13 Mei 1969 dan Darurat diisytihar. Peristiwa tersebut telah … Continue reading 13 Mei dan politik perkauman
Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?
“Kemakmuran Bersama 2030” diumumkan pada ketika Mahathir menyedari Wawasan 2020 yang diterajuinya sudahpun tidak mungkin tercapai… Dalam perutusan bersempena sambutan satu tahun Kerajaan Pakatan Harapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 9 Mei 2019, memang dipenuhi dengan retorik yang cantik berbunga-bunga, khususnya apabila beliau mengemukakan “Kemakmuran Bersama” sebagai halatuju negara sehingga tahun 2030. … Continue reading Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?
Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat
Setahun yang lalu, pada 9 Mei 2018, Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan dan sejarah baru tercipta untuk tanahair kita, apabila berlakunya perubahan rejim yang pertama di peringkat Persekutuan selepas lebih 6 dekad. UMNO-Barisan Nasional menerima kekalahan yang paling teruknya dalam sejarah pilihanraya dan kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, di samping kecundang di negeri-negeri seperti Kedah, … Continue reading Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 2019 – Kuala Lumpur
Aksi sambutan Hari Pekerja telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2019, anjuran Jawatankuasa Mei Satu dengan tema "Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi". Di sini ialah koleksi gambar-gambar sekitar aksi sambutan Hari Pekerja 2019 di Kuala Lumpur.
Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi
KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi
Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019
Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019 Tema Sambutan Hari Pekerja tahun ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu adalah “TINGGIKAN GAJI, HENTIKAN DISKRIMINASI”. Tema ini dipilih sejajar dengan keadaan terkini, iaitu rakyat Malaysia tidak menerima gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka. Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu laporan yang … Continue reading Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019
Takut apa pada Sosialisme?
(Rencana khas Ulangtahun ke-21 penubuhan PSM) oleh S. Arutchelvan Beberapa hari yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Soam Heng Choon memberi amaran bahawa negara ini bukan negara Sosialis dan memberi teguran terhadap sebarang niat oleh kerajaan untuk mengawal harga perumahan. Beliau berkata kita kena membenarkan pasaran bebas untuk menentukan harga barangan. Inilah … Continue reading Takut apa pada Sosialisme?
