Venezuela dilanda krisis politik baharu apabila puak berhaluan kanan di negara itu mencuba untuk merampas kuasa sekali lagi dengan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden. Puak berhaluan kanan telah menghasut orang ramai untuk berprotes membantah kerajaan pimpinan Nicolás Maduro, sementara rakyat Venezuela yang mendukung Revolusi Bolivar turut bermobilisasi untuk mempertahankan kerajaan Maduro daripada digulingkan oleh kuasa pelampau kanan.
Bolivia: Cubaan kudeta ditewaskan oleh kuasa rakyat
Satu cubaan rampasan kuasa yang dilakukan oleh seorang pemimpin tentera untuk menjatuhkan kerajaan berhaluan kiri di Bolivia telah digagalkan dalam tempoh beberapa jam sahaja kerana rakyat Bolivia tegas mempertahankan demokrasi negara itu daripada dirampas lagi.
Niger: Tentera Perancis akan berundur keluar selepas desakan rakyat yang hebat
Kerajaan Perancis mengundurkan keluar tenteranya dari Niger selepas desakan yang hebat daripada kerajaan tentera yang baharu dan rakyat Niger yang berprotes di jalanan.
Kudeta Chile 1973
Rencana khas sempena ulang tahun ke-50 rampasan kuasa tentera yang berlaku di Chile pada 11 September 1973.
Niger: Protes terhadap tentera Perancis semakin hebat
Rakyat Niger sedang berjuang untuk menentukan nasib mereka sendiri dengan mempertahankan kedaulatan negara daripada dominasi kuasa besar Barat.
Peru: Rakyat miskin protes lawan rejim kudeta
Rakyat Peru berprotes untuk menuntut perletakan jawatan segera Dina Boluarte sebagai Presiden Peru, pembubaran Kongres Peru yang dikuasai oleh golongan berhaluan kanan, pilihan raya baharu dan pembentukan Perhimpunan Perlembagaan untuk mengubah Perlembagaan 1993 negara itu.
Brazil: Pelampau kanan cuba rampas kuasa dengan keganasan
Serangan terbaru oleh golongan pelampau kanan terhadap institusi demokrasi di Brazil merupakan tindakan terdesak mereka untuk melancarkan rampasan kuasa demi menjatuhkan Luiz Inácio Lula da Silva yang baru mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil.
Cubaan kudeta April 2002 di Venezuela: Kuasa rakyat tewaskan kudeta dalam 47 jam
Rencana khas sempena ulangtahun ke-20 peristiwa cubaan kudeta pada 11-13 April 2002 di Venezuela yang ditewaskan oleh rakyat yang mempertahankan Revolusi Bolivar.
Sudan: Abdalla Hamdok kembali jadi PM, tapi ditolak gerakan rakyat
Abdalla Hamdok yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera baru-baru ini, kembali menjadi Perdana Menteri Sudan, selepas dia menandatangani satu perjanjian dengan pihak tentera yang merampas kuasa. Namun, persetujuan tersebut telah ditolak oleh gerakan rakyat Sudan yang memperjuangkan demokrasi.
Sudan: Kudeta tentera cuba hentikan peralihan demokratik
Sekali lagi, rakyat Sudan menyusun semula barisan perjuangan mereka untuk melawan rejim kudeta tentera dan meneruskan revolusi yang belum selesai.