Negara Kuba telah meluluskan Kanun Keluarga yang boleh dikatakan paling progresif di dunia pada masa kini selepas hampir 67% warga Kuba yang mengundi dalam referendum menyokong undang-undang baharu ini. Kanun Keluarga Kuba yang baharu ini telah memperluaskan hak wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya dan minoriti seksual di sisi undang-undang, di samping menakrif semula makna sebuah keluarga dengan memberi penekanan kepada kasih sayang, maruah manusia dan tanpa diskriminasi.
Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan
Sebuah negara dengan kuasa tentera yang terbesar di dunia dan sering melakukan campurtangan ketenteraan ke atas negara-negara lain, termasuk melakukan pembunuhan terancang yang bersifat keganasan (seperti pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani dari Iran di bumi Iraq pada 3 Januari 2020 dalam satu serangan udara); sebuah lagi negara yang merupakan negara kepulauan yang menghadapi sekatan ekonomi selama … Continue reading Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan
Kuba mantap hadapi COVID-19, sekatan dan dwistandard dasar imperialis
oleh Ibete Fernández Hernández (diterjemah daripada tulisan asal dalam Bahasa Inggeris yang boleh dibaca di sini) Pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia tanpa mengira kelas sosial, kaum ataupun kekayaan yang dimiliki sejak bulan Disember 2019, mengancam untuk menghapuskan sebahagian besar penduduk dunia. Penularan virus yang cepat menyebabkan kita meninjau semula cara-cara baru untuk hidup dan bekerjasama … Continue reading Kuba mantap hadapi COVID-19, sekatan dan dwistandard dasar imperialis
Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!
Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang tidak sehaluan dengannya sedang mengganggu usaha negara-negara tersebut dalam menghadapi ancaman pandemik COVID-19. “Pengenaan sekatan ekonomi melumpuhkan yang berterusan menjejaskan secara teruk hak asasi rakyat biasa untuk mendapatkan makanan yang mencukupi,” begitu katanya Hilal Elver, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak … Continue reading Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!