Pelancongan perubatan hanya memanfaatkan hospital swasta, pelabur dan golongan kaya, bukannya rakyat biasa. Hasil yang dijana daripada pelancong kesihatan luar negara tidak akan kembali kepada hospital awam. Sebaliknya, keuntungan ini diedarkan dalam kalangan syarikat korporat dan pemegang saham, sementara sistem kesihatan awam kekal kekurangan dana dan dibebankan secara berlebihan.
Ayuh kita jalan bersama demi akses kesihatan saksama untuk semua
Kita memerlukan sistem perkhidmatan kesihatan yang merawat semua pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan di hospital awam secara adil dan saksama, tanpa mengira status pendapatan.
Kesihatan tidak patut bergantung pada isi dompet anda
Rakan KKM melemahkan prinsip akses sejagat, bukannya mendorong kesaksamaan. Rakan KKM kelihatan mewujudkan laluan yang lebih baik bagi pesakit yang lebih berkemampuan untuk menggunakan pakar dan kemudahan awam, sementara pesakit lain perlu menunggu berbulan-bulan untuk mengaksesnya.
Sudah tiba masanya layan penagih dadah sebagai pesakit, bukan penjenayah
Kita tidak akan dapat menghapuskan ketagihan dadah dengan gari dan sel penjara.
Hentikan pembukaan hospital swasta baharu
Setiap kali sebuah hospital swasta baharu dibuka, fenomena pengaliran keluar doktor pakar dari hospital kerajaan berlaku.
Selamatkan Sistem Kesihatan Awam: Jangan berniaga dengan kesihatan rakyat!
PSM melancarkan kempen “Selamatkan Sistem Kesihatan Awam” dengan 4 tuntutan utama.
PSM lancarkan kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam
PSM sentiasa mengambil berat terhadap sistem kesihatan awam di negara kita. Pada tahun 2004, apabila kerajaan BN mengumumkan penswastaan dispensari di hospital-hospital kerajaan, iaitu membuka kedai-kedai farmasi di hospital-hospital kerajaan (untuk memberi pesakit “pilihan” untuk membeli ubat-ubatan), PSM telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di hadapan Kementerian Kesihatan di Putrajaya untuk membantah rancangan itu. Rancangan tersebut telah ditarik balik dan tidak dikemukakan … Continue reading PSM lancarkan kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam
Jangan korbankan masa depan persaraan untuk menampung kelemahan sistem kesihatan negara
Dengan membenarkan penggunaan simpanan KWSP, kali ini untuk membayar insurans atau rawatan hospital swasta, maka kerajaan secara halus menggalakkan rakyat mengorbankan masa depan persaraan mereka untuk menampung kelemahan sistem kesihatan negara.
KKM perlu ambil alih PPUM
PSM mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan mengambil alih Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) secara sepenuhnya sehingga pembinaan hospital baharu di Petaling Jaya disempurnakan.
Kemelut doktor: Perlunya pembaharuan dalam sistem kesihatan
Kerajaan harus mengkaji secara serius bagaimana sebahagian daripada 55% kekayaan yang dikuasai oleh golongan elit ekonomi itu boleh disalurkan ke dalam tabung kerajaan sebagai cukai, dan digunakan untuk menambah baik sistem kesihatan.
