Sistem kesihatan bukan sekadar isu teknikal atau fiskal; ia mencerminkan komitmen negara terhadap keadilan sosial. Malaysia telah membina sistem kesihatan awam yang dihormati di rantau ini. Namun, tanpa campur tangan dasar yang tegas dan berpaksikan kesaksamaan, kita berisiko mewujudkan sistem dua darjat yang meminggirkan majoriti rakyat.
Strategi “RESET” KKM yang bermasalah
Sistem kesihatan sesebuah negara mencerminkan semangat negara itu - sejauh mana kita menunjukkan belas kasihan kepada pesakit, orang tua dan orang miskin? Sama ada kita membina sebuah sistem berasaskan solidariti yang memastikan setiap orang memperoleh penjagaan kesihatan yang diperlukan mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka? Adakah kita melakukan secukupnya untuk menyokong pertugas kesihatan dalam sektor awam yang kini sedang bekerja dengan waktu yang terlalu panjang untuk berkhidmat kepada pesakit mereka?
Dana awam untuk perkukuhkan kesihatan awam, bukan untuk jamin keuntungan korporat swasta
Memperkukuhkan sistem awam pasti dapat menjamin kelestarian, keadilan dan ketahanan negara dalam menghadapi krisis kesihatan pada masa hadapan.
Rakan KKM boleh tunggu dulu kerana pesakit dah tunggu lama
Meneruskan Rakan KKM tanpa ketelusan membawa risiko mewujudkan dua darjat: rawatan yang lebih cepat untuk mereka yang mampu membayar, dan penderitaan yang lebih lama untuk mereka yang tidak berkemampuan.
Hentikan pemotongan elaun doktor baharu
Semua rakyat Malaysia patut menyokong segala usaha untuk menyelamatkan sistem kesihatan awam negara kita.
Hentikan promosi pelancongan kesihatan
PSM menggesa kerajaan supaya menghentikan kempen “Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia 2026” (MYMT 2026) yang mempromosikan pelancongan kesihatan tetapi mengancam sistem kesihatan awam.
Bantah Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia 2026
Pengembangan hospital swasta yang memburu keuntungan adalah tidak lestari dan hanya menghancurkan kapasiti kesihatan awam yang menjadi nadi rawatan rakyat.
Pelancongan perubatan bukan penyelesaian kepada krisis sistem kesihatan, sebaliknya jejaskan kesihatan awam
Pelancongan perubatan hanya memanfaatkan hospital swasta, pelabur dan golongan kaya, bukannya rakyat biasa. Hasil yang dijana daripada pelancong kesihatan luar negara tidak akan kembali kepada hospital awam. Sebaliknya, keuntungan ini diedarkan dalam kalangan syarikat korporat dan pemegang saham, sementara sistem kesihatan awam kekal kekurangan dana dan dibebankan secara berlebihan.
Ayuh kita jalan bersama demi akses kesihatan saksama untuk semua
Kita memerlukan sistem perkhidmatan kesihatan yang merawat semua pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan di hospital awam secara adil dan saksama, tanpa mengira status pendapatan.
Kesihatan tidak patut bergantung pada isi dompet anda
Rakan KKM melemahkan prinsip akses sejagat, bukannya mendorong kesaksamaan. Rakan KKM kelihatan mewujudkan laluan yang lebih baik bagi pesakit yang lebih berkemampuan untuk menggunakan pakar dan kemudahan awam, sementara pesakit lain perlu menunggu berbulan-bulan untuk mengaksesnya.
