Kenyataan bersama organisasi-organisasi masyarakat sivil untuk bersolidariti bersama Siti Kasim, seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia yang diancam dengan cubaan membunuh dengan pemasangan bahan letupan termampat di bawah keretanya.
Petani mengadu tentang kelemahan polis Kuala Kuang dalam menghalang ugutan jenayah terhadap petani kecil
Petani-petani kecil dari Kuala Kuang yang sedang mengusahakan tanah di kawasan sebelah Taman Chepor Sentosa, Perak, menyerahkan satu memorandum di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, untuk mengetengahkan masalah kelemahan pihak polis dalam mengendalikan ugutan jenayah terhadap petani-petani kecil.
Dua adik-beradik akhirnya bebas dari tuduhan palsu
Mahkamah Sesyen Kajang melepaskan dan membebaskan dua orang adik-beradik yang dituduh di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Apabila Ketua Polis Negara mengadu, siapa yang nak siasat?
Ketua Polis Negara mengadu bahawa adanya satu kartel dalam PDRM yang cuba menjatuhkannya. Apabila rakyat ada masalah, mereka akan mengadu kepada polis untuk siasatan; tetapi apabila Ketua Polis Negara sendiri yang mengadu, siapa pula yang nak siasat?
Najib masih dihantui Altantuya
Ada satu hantu berkeliaran di sekitar Najib - hantu Altantuya… dari masanya masih Timbalan Perdana Menteri hingga menjadi bekas Perdana Menteri. Selepas 13 tahun Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan hutan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, kontroversi yang menyelubungi kes pembunuhan ini masih menghantui Najib Razak apabila Azilah Hadri, salah seorang dijatuhkan hukuman … Continue reading Najib masih dihantui Altantuya
One Two Jaga: Tragedi dalam sisi gelap realiti masyarakat
Filem drama aksi jenayah “One Two Jaga” arahan Namron patut ditonton sekiranya anda menghargai pembikinan filem tempatan yang berkualiti dan penuh keikhlasan. Filem ini tiadanya aksi yang hebat, tiadanya “special effect” yang menggunakan CGI, tetapi penceritaannya yang padat dengan adegan yang mencerminkan realiti sosial dan mengemukakan kritikan sosial tanpa berkuliah panjang lebar. Filem “One Two … Continue reading One Two Jaga: Tragedi dalam sisi gelap realiti masyarakat