Perjuangan rakyat Palestin ialah perjuangan pembebasan nasional untuk rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri, termasuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bebas daripada cengkaman mana-mana kuasa besar dunia. Perjuangan rakyat Palestin ialah barisan hadapan perjuangan gerakan anti-imperialis di dunia.
Kenyataan solidariti bersama Palestin dan kecaman terhadap serangan penghapusan oleh Zionis di Gaza
Kenyataan solidariti untuk Palestin yang dikeluarkan oleh Sekolah Merdeka.
Palestin: Penentangan terhadap penjajahan Israel sedang memuncak
Konflik di Timur Tengah yang melibatkan Palestin akan menjadi lebih meruncing lagi dengan peningkatan keganasan berikutan penentangan rakyat Palestin yang memuncak dan serangan ketenteraan Israel yang lebih hebat terhadap rakyat Palestin.
Pembunuhan Shireen Abu Akleh: Jenayah perang Israel terbaru
Pembunuhan wartawan Palestin merupakan sebahagian daripada jenayah perang tentera Israel yang berterusan.
Nakba: Perjuangan pembebasan rakyat Palestin tetap berterusan
15 Mei ialah Hari Nakba. Nakba bermaksud kehancuran ataupun malapetaka. Hari Nakba ialah hari untuk memperingati sejarah pedih rakyat Palestin yang diusir keluar dari kampung halaman mereka oleh Kerajaan Zionis Israel pada tahun 1948.
Israel mengganas lagi terhadap rakyat Palestin
Dari pengusiran paksa terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur sehingga serangan udara ke atas Gaza, Kerajaan Israel mengganas lagi terhadap rakyat Palestin baru-baru ini dan menjadikan konflik Palestin-Israel memuncak ke tahap yang paling serius sejak Perang Gaza 2014.
Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid
Rakyat Palestin menyuarakan bantahan mereka terhadap pelan pendamaian konflik Palestin-Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini. Demonstrasi jalanan tercetus di Tebing Barat dan Gaza, dengan rakyat Palestin daripada aliran politik yang berbeza telah berprotes menentang cadangan perjanjian yang amat berat sebelah kepada Israel dan dibuat tanpa perwakilan Palestin ini. Protes … Continue reading Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid