Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup

(foto oleh Joseph Odelyn / AP Photo) Gelombang protes yang baharu tercetus di Haiti sejak 10 Januari 2021, untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Jovenel Moïse yang mendapat sokongan daripada kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS). Ribuan warga awam, pelajar, pekerja, anggota gerakan sosial dan parti politik pembangkang telah bermobilisasi di seluruh negara itu untuk melawan cubaan … Continue reading Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Haiti: Rakyat terus bangkit menentang rejim neoliberal

Haiti sedang dilanda gelombang protes. Ribuan rakyat turun ke jalanan di seluruh negara yang terletak di bahagian barat pulau Hispaniola di rantau Caribbean ini, untuk menuntut perletakan jawatan Presiden Jovenel Moïse. Sejak bulan Julai tahun lalu (2018), rakyat Haiti sudah mula mengadakan aksi protes secara kerap untuk membantah dasar kerajaan pimpinan Jovenel Moïse yang bersifat … Continue reading Haiti: Rakyat terus bangkit menentang rejim neoliberal