Seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain yang mengalami pergolakan politik serupa, tindakan pihak tentera di Bangladesh hanya sekadar untuk menyelamatkan kelas pemerintah dengan menukar ketua kerajaan yang tidak lagi menguasai kepercayaan rakyat dan melakukan “peralihan kuasa yang tersusun” kepada pihak yang akan terus menjaga kepentingan kelas elit pemerintah di dalam negara dan golongan kapitalis luar negara yang melaburkan modal di Bangladesh.
Bangladesh: Protes tuntut pembaharuan kuota dizalimi
Protes yang diterajui oleh pelajar-pelajar dari universiti-universiti dan disertai oleh masyarakat umum di Bangladesh ini bukan sahaja membantah sistem kuota dalam pengambilan kerja kerajaan yang dianggap mewujudkan nepotisme, malah juga menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap penindasan zalim oleh kerajaan terhadap rakyat yang berprotes dan kegagalan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi di negara itu.
Thailand: Deklarasi Thammasat saran pembaharuan sistem monarki
Gelombang protes pro-demokrasi besar-besaran di Thailand yang diterajui oleh golongan anak muda yang mendahagakan perubahan sebenar telah berterusan sejak 18 Julai 2020, selepas tergendala untuk beberapa bulan kerana penularan wabak COVID-19. Tiga tuntutan utama gerakan protes terbaru ini ialah: Membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya yang baru; Menghentikan gangguan terhadap rakyat yang mengkritik kerajaan; Menggubal perlembagaan … Continue reading Thailand: Deklarasi Thammasat saran pembaharuan sistem monarki
Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia
18 Mei 2020 menandakan ulangtahun ke-40 peristiwa Kebangkitan Gwangju di Korea Selatan. 40 tahun dahulu, pada 18 hingga 27 Mei 1980, rakyat di bandar Gwangju dan wilayah Jeolla Selatan yang terletak di barat daya Semenanjung Korea, bangkit secara spontan untuk menuntut demokrasi, tetapi usaha murni tersebut dipatahkan secara kejam oleh pemerintah kediktatoran tentera pada masa … Continue reading Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia
Pakistan: Pelajar beraksi untuk kebebasan berkesatuan
Pelajar-pelajar Pakistan telah mengadakan aksi protes di 50 buah bandar di seluruh negara itu pada 29 November 2019, untuk menuntut pemulihan kesatuan pelajar di kampus-kampus institusi pengajian tinggi. Aksi massa hebat yang dipanggil sebagai “Perarakan Solidariti Pelajar” ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Pelajar (SAC) yang mewakili kumpulan-kumpulan pelajar berhaluan kiri di Pakistan. Golongan kiri di Pakistan … Continue reading Pakistan: Pelajar beraksi untuk kebebasan berkesatuan
Pelajar AATC ditahan polis polis kerana protes terhadap pemangsaan kesatuan
ARA DAMANSARA – 26 OGOS 2019: Pelajar-pelajar dari pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) berprotes dan menduduki AATC pada hari ini untuk membantah pemangsaan terhadap ahli-ahli kesatuan pelajar. Namun, 7 orang pelajar AATC dan seorang aktivis PSM yang bersolidariti dengan mereka telah ditahan oleh polis. Pihak pengurusan AATC telah membuang Pengerusi dan Setiausaha … Continue reading Pelajar AATC ditahan polis polis kerana protes terhadap pemangsaan kesatuan
Mahasiswa pasca kerajaan baru
oleh Nik Aziz Afiq Beberapa hari ini saya seperti dapat kejutan baru. Kejutan yang agak menyegarkan semangat dan kepercayaan saya kepada gerakan mahasiswa yang asalnya sudah mulai luntur beberapa tahun kebelakangan. Pandangan saya tak tepat, sekadar untuk peribadi saya melihat gerakan mahasiswa melalui beberapa era. Era sebelum AUKU, era pasca AUKU, era Najib dan kini … Continue reading Mahasiswa pasca kerajaan baru