Kerajaan harus kaji semula ratifikasi CPTPP yang jejaskan petani

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyampaikan kerisauan rakyat tentang penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada perhatian Kabinet dan mengkaji semula keputusan ratifikasi CPTPP yang boleh menjejaskan keterjaminan makanan di negara kita.

Keluar daripada CPTPP sebelum terlambat: Ratifikasi perjanjian perdagangan bebas secara tergesa-gesa ancam kehidupan rakyat marhaen

Tindakan kerajaan meratifikasi CPTPP secara tergesa-gesa beberapa hari sebelum pembubaran Parlimen adalah tidak bertanggungjawab kerana pihak kerajaan cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan di dalam Parlimen dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk selepas PRU-15 nanti untuk melaksanakan perjanjian perdagangan bebas antarabangsa yang akan mendatangkan kesan hebat kepada masyarakat ini.