Pekerja bukan lampin pakai buang! Apakah jaminan kerja untuk kontrak bulan ke bulan?

Sebuah syarikat yang mendapat kontrak pembersihan untuk Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia mengupah pekerja dengan kontrak bulan ke bulan! Ini merupakan satu penghinaan terhadap pekerja dan eksploitasi pekerja pada tahap yang maksimum! Dalam satu gambar yang tersebar di ruang media sosial tentang surat kontrak kerja yang dikeluarkan oleh syarikat Rotoplus Engineering Services Sdn. … Continue reading Pekerja bukan lampin pakai buang! Apakah jaminan kerja untuk kontrak bulan ke bulan?

(Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja

Penyumberan luar (outsourcing) tenaga kerja adalah satu fenomena yang berluasa di bawah sistem ekonomi neo-liberal. Penyumberan luar merupakan satu bentuk pemerasan terhadap pekerja yang ketara pada zaman kini, di mana syarikat gergasi dengan modal besar menyumberkan luar proses pengeluaran, perkhidmatan sokongan, khidmat pelanggan dan sebagainya kepada syarikat kontraktor yang lebih kecil, bukannya untuk meningkatkan efisiensi … Continue reading (Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja

Sistem kerja 8 jam sehari dah ketinggalan zaman, tapi masih ramai pekerja bekerja waktu panjang

(Rencana Khas Hari Pekerja Sedunia 2019) Sambutan Hari Pekerja Sedunia berasal daripada perjuangan pekerja menuntut pelaksanaan sistem kerja 8 jam, iaitu mengurangkan jam kerja sehari tanpa mengurangkan gaji. Penetapan kerja 8 jam sehari, bermakna pekerja tidak boleh dipaksa untuk bekerja lebih panjang daripada masa itu, dan jika perlu bekerja lebih 8 jam, maka majikan dikehendaki … Continue reading Sistem kerja 8 jam sehari dah ketinggalan zaman, tapi masih ramai pekerja bekerja waktu panjang

Pemerasan

Pemerasan atau eksploitasi berlaku apabila pekerja dipaksa untuk bekerja, bukan lagi untuk perkembangan diri sendiri, tetapi untuk menghasilkan surplus yang diambilalih oleh kapitalis. Dalam rencana bertajuk “Nilai Surplus dan Modal”, telah diperkenalkan bahawa aktiviti “beli untuk jual” diungkapkan dalam formula: M-C-M’, di mana M’ > M. Maka perbezaan nilai M’ dengan M, adalah nilai surplus … Continue reading Pemerasan

Pengasingan

Apabila pengeluaran komoditi (iaitu barangan dihasilkan untuk dijual bagi mendapatkan nilai tukarnya) menjadi sesuatu perkara yang rutin dan biasa dalam masyarakat kapitalis, maka wujudnya satu fenomena yang dipangggil pengasingan atau alienasi (alienation). Pengasingan merupakan satu konsep penting yang digunakan oleh Karl Marx untuk menerangkan buruh upah (wage labour) dalam sistem kapitalis. Pengasingan membawa maksud benda … Continue reading Pengasingan