Walaupun ekonomi kapitalis digerakkan oleh persaingan, tetapi apabila modal semakin tertumpu dalam tangan kapitalis perindustrian yang terlibat dalam pengeluaran komoditi, wujudnya pelbagai bentuk persetujuan monopoli antara kapitalis-kapitalis untuk memusatkan modal dan memastikan keuntungan yang berterusan, seperti: Mewujudan cartel ataupun syndicate dalam sektor industri tertentu, di mana pesertanya (syarikat-syarikat swasta) mengekalkan kebebasan untuk beroperasi sebagai syarikat … Continue reading Kapitalisme Monopoli
Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar
Pemusatan kekayaan dalam tangan golongan mahakaya semakin serius dengan 26 orang hartawan terkaya di dunia memiliki aset sebanyak yang dimiliki oleh 50% rakyat termiskin di dunia (iaitu bersamaan dengan 3.8 bilion orang). Inilah fakta yang didedahkan oleh Oxfam, sebuah badan amal yang memfokus pada bantuan dan pembangunan antarabangsa, dalam laporan tahunannya tentang pengagihan kekayaan dunia … Continue reading Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar
Gaji minimum RM1100 cukup tak?
Kerajaan telah mengumumkan cadangan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019, semasa pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November 2018. Ini bermakna bahawa Kerajaan menaikkan gaji minimum sebanyak RM50 lagi berbanding cadangan awalnya (RM1,050) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri … Continue reading Gaji minimum RM1100 cukup tak?
Sedikit fakta tentang gaji minimum
Dalam isu kenaikan gaji minimum, adanya pihak yang cuba mempertahankan kenaikan gaji minimum hanya RM 50 yang begitu sedikit dengan beberapa alasan, seperti gaji minimum yang terlalu tinggi akan menakutkan pelabur, kilang akan tutup, kerajaan tiada dana untuk melaksanakannya kerana hutang negara terlalu tinggi, dan sebagainya. Di sini adalah beberapa hujah/fakta yang menunjukkan alasan yang … Continue reading Sedikit fakta tentang gaji minimum
Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis
Persidangan Global Rakyat Menentang IMF-Bank Dunia (Peoples’ Global Conference Against the IMF-World Bank) yang dijadualkan untuk diadakan pada 11 Oktober 2018 di Auditorium Radio Republik Indonesia di Denpasar, Bali, Indonesia, telah diganggu oleh polis Indonesia. Persidangan rakyat yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Menentang IMF-WB, yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaaan dan organisasi masyarakat Indonesia, dengan … Continue reading Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis
UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?
Pernahkah anda dengar tentang UBI? UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek yang kita makan, tetapi singkatan Bahasa Inggeris kepada sejenis perlindungan sosial yang dikenali sebagai “Pendapatan Asas Universal” (Universal Basic Income), ataupun “Pendapatan Asas Tanpa Syarat” (Unconditional Basic Income). Di bawah sistem “Pendapatan Asas Universal” (UBI), setiap orang … Continue reading UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?
Nilai Surplus dan Modal
Nilai surplus atau nilai lebihan, adalah barangan surplus dalam bentuk matawang. Di bawah sistem kapitalis, nilai surplus adalah bahagian nilai dalam bentuk matawang yang dihasilkan oleh pekerja tanpa pulangan untuk dinikmati sepenuhnya oleh pemilik alat pengeluaran (iaitu kapitalis). Kapitalis, iaitu orang yang memiliki modal, membeli tenaga buruh pekerja, dan membayarnya dengan gaji. Dengan itu, kapitalis … Continue reading Nilai Surplus dan Modal
Buruh dan Nilai
Buruh atau tenaga kerja itu asas kepada ekonomi. Buruh manusia mencipta kekayaan masyarakat. Buruh menghasilkan nilai. Tanpa buruh manusia, maka tiadanya nilai. Dalam pengeluaran barangan, ia melibatkan proses: Sumber pengeluaran (peralatan, mesin, kilang, pengangkutan, jalan dan sebagainya; objek buruh, iaitu bahan mentah) + buruh (orang yang melakukan kerja) ------> hasil pengeluaran (barangan) Jikalau kuasa pengeluaran … Continue reading Buruh dan Nilai
Kerja rumah itu juga kerja
1. Kerja pengurusan rumahtangga (homemaking) atau kerja rumah, termasuklah kerja-kerja membersihkan rumah, mencuci baju, memasak untuk keluarga, menjaga kanak-kanak kecil dan sebagainya. Kerja ini biasanya dilakukan oleh golongan wanita berkahwin yang tidak kerja di luar. Wanita yang hanya melakukan kerja rumah dipanggil “suri rumahtangga”. 2. Suri rumahtangga tidak dibayar apa-apa upah untuk kerja yang dibuatnya, … Continue reading Kerja rumah itu juga kerja
