Tidak teruja

oleh S. Arutchelvan Demokrat-Republikan Saya tidak teruja apabila Joe Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat. Perasaan teruja dan keseronokan itu tiada. Ini bukan disebabkan oleh pandemik COVID-19 tetapi memang perasaan saya begitu. Mungkin saya sedikit teruja apabila Obama menjadi Presiden dulu, kerana beliau adalah Presiden Kulit Hitam pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Tetapi apabila melihat tindak … Continue reading Tidak teruja

Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan

Sebuah negara dengan kuasa tentera yang terbesar di dunia dan sering melakukan campurtangan ketenteraan ke atas negara-negara lain, termasuk melakukan pembunuhan terancang yang bersifat keganasan (seperti pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani dari Iran di bumi Iraq pada 3 Januari 2020 dalam satu serangan udara); sebuah lagi negara yang merupakan negara kepulauan yang menghadapi sekatan ekonomi selama … Continue reading Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan

AS: Penyokong Trump serbu bangunan Kapitol

Pada ketika Kongres Amerika Syarikat (AS) mengadakan pengiraan undi badan perwakilan pengundi yang bersifat upacara beristiadat untuk memuktamadkan keputusan Pilihanraya Presiden AS, ribuan penyokong Donald Trump telah berhimpun di Washington DC pada 6 Januari 2021 dalam cubaan terdesak golongan pelampau kanan untuk “mengekalkan” Trump sebagai Presiden AS. Ratusan orang penyokong Trump yang merusuh dan bertindak … Continue reading AS: Penyokong Trump serbu bangunan Kapitol

Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?

Joe Biden bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-46, setelah mengalahkan penyandang jawatan Presiden AS Donald Trump dalam satu persaingan pilihanraya yang sengit. Donald Trump yang enggan mengaku kekalahan mengatakan bahawa dia akan mencabar keputusan pilihanraya dalam mahkamah. Sehingga 8 November 2020, dengan keputusan pengundian masih belum dimuktamadkan di negeri-negeri seperti Alaska, Carolina Utara dan … Continue reading Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?

Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Cara Amerika Syarikat (AS) menangani wabak COVID-19 yang sangat tidak berkesan boleh menjadi agak membimbangkan, kerana adalah semakin jelas bahawa ia tidak terbatas pada Presiden AS dan pasukan di sekelilingnya. Imej-imej dari Michigan dan negeri-negeri yang lain di AS di mana rakyat biasa menuntut hak mereka untuk berhimpun dalam kumpulan besar, … Continue reading Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?

Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19

Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada 14 April 2020 bahawa Kerajaan AS memutuskan untuk menghentikan sumbangan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengumuman ini dibuat pada ketika angka kematian seluruh dunia yang disebabkan oleh wabak COVID-19 telah mencecah 130,000 orang, dan negara AS sendiri merupakan negara yang … Continue reading Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19

Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid

Rakyat Palestin menyuarakan bantahan mereka terhadap pelan pendamaian konflik Palestin-Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini. Demonstrasi jalanan tercetus di Tebing Barat dan Gaza, dengan rakyat Palestin daripada aliran politik yang berbeza telah berprotes menentang cadangan perjanjian yang amat berat sebelah kepada Israel dan dibuat tanpa perwakilan Palestin ini. Protes … Continue reading Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid

Dunia lebih selamat dengan Tentera Angkasa?

Ketika filem Star Wars terbaru sedang ditayangkan di pawagam di seluruh dunia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani rang undang-undang perbelanjaan pertahanan AS tahun 2020 yang baru diluluskan oleh Kongres AS, yang termasuk kelulusan untuk pembentukan cabang tentera AS yang keenam, “Tentera Angkasa Amerika Syarikat” (United States Space Force, USSF). Sama ada USSF ini … Continue reading Dunia lebih selamat dengan Tentera Angkasa?