Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah

Parti Kiri Jerman, Die Linke, menuntut pembekuan sewa rumah (iaitu tidak menaikkan sewa) di seluruh negara Jerman sepanjang krisis pandemik COVID-19. Die Linke juga menyeru untuk menghentikan segala pengusiran sepanjang tempoh ini. Aktivis-aktivis daripada Die Linke mengadakan protes di luar ibupejabat Kesatuan Demokratik Kritian (CDU) di Berlin pada 15 Mei 2020, untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pendekatan … Continue reading Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah

Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa

Hanya selepas 25 jam dipilih sebagai Presiden Menteri untuk negeri Thüringen di Jerman, Thomas Kemmerich daripada Parti Demokratik Bebas (FDP) mengumumkan bahawa dia akan meletak jawatannya, selepas mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Jerman. Kemmerich membuat pengumuman itu selepas satu mesyuarat krisis dengan pemimpin parti FDP Christian Lindner pada 6 Februari 2020. Tindakan FDP yang hanya memperoleh 5% undi dan menguasai 5 … Continue reading Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa

Jerman: Liberal rampas kuasa di Thüringen dengan bantuan pelampau kanan

Walaupun Parti Demokratik Bebas (FDP) hanya menguasai 5 daripada 90 kerusi dalam Parlimen Negeri (Landtag) Thüringen, tetapi FDP telah merampas kuasa pemerintahan untuk Thüringen daripada parti berhaluan kiri yang menguasai kerusi terbanyak, hasil daripada bantuan parti pelampau kanan, Alternatif untuk Jerman (AfD)! Untuk kali pertama dalam sejarah Jerman sejak tamatnya Perang Dunia II, pantang larang … Continue reading Jerman: Liberal rampas kuasa di Thüringen dengan bantuan pelampau kanan

Jerman: Kiri menang dalam pilihanraya Thüringen tapi ancaman pelampau kanan sangat hebat

Parti Kiri (Die Linke) baru-baru ini mendapat pencapaian terbaiknya dalam sejarah pilihanraya di negeri Thüringen, negeri kelima kecil dari segi jumlah penduduk daripada 16 buah negeri di Jerman, tetapi keputusan pilihanraya tersebut juga menyaksikan peningkatan kekuatan elektoral parti pelampau kanan di Jerman yang amat merunsingkan. Pilihanraya untuk Parlimen Negeri (Landtag) Thüringen, negeri yang terletak di … Continue reading Jerman: Kiri menang dalam pilihanraya Thüringen tapi ancaman pelampau kanan sangat hebat

Jerman: Aufstehen sebagai gerakan massa kiri untuk kebangkitan politik baru

Pada ketika negara Jerman sedang diancam oleh kebangkitan kuasa politik berhaluan kanan yang bersifat rasis dan xenofobia, satu gerakan politik baru telah dilancarkan pada 4 September 2018 dengan hasrat untuk merangsang sokongan akar umbi terhadap alternatif kiri dalam menangani krisis demokrasi di Jerman. Gerakan ini digelar “Aufstehen” (bermaksud “bangun”), ditubuhkan oleh Sahra Wagenknecht, seorang pemimpin … Continue reading Jerman: Aufstehen sebagai gerakan massa kiri untuk kebangkitan politik baru