Penahanan 6 orang aktivis PSM di bawah Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011, yang dikenali sebagai EO6, dan juga kempen membebaskan mereka, merupakan satu lembaran sejarah yang penting dalam perjalanan perjuangan PSM dan gerakan rakyat di negara kita.
Siapa pencetus Darurat?
oleh S. Arutchelvan UMNO, krisis dan Darurat Setiap kali UMNO berada dalam krisis, jangan hairanlah jika berlaku darurat. Dan janganlah kau percaya setiap darurat itu dipanggil kerana alasan ia diisytihar. Krisis UMNO Mahathir-Razaleigh mencetuskan tindakan keras penangkapan ISA - Operasi Lalang, pemecatan Ketua Hakim Negara, pembubaran parti UMNO dan tertubuhnya Parti Semangat 46. Krisis UMNO … Continue reading Siapa pencetus Darurat?
Sebenarnya saya sokong darurat, jika…
oleh S. Arutchelvan Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM kita adalah supaya hospital-hospital swasta itu akan diguna pakai untuk keselesaan rakyat terbanyak dan mengurangkan beban hospital kerajaan. Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan menggunakan darurat untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang tiada pekerjaan akan diberikan upah tetap setiap bulan supaya … Continue reading Sebenarnya saya sokong darurat, jika…
Proklamasi Darurat: Muhyiddin kekal berkuasa melalui pemerintahan dengan ordinan tanpa perlunya kelulusan Parlimen
Sehari selepas mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 buah negeri (negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di 6 buah negeri lagi (iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan) yang berkuatkuasa dari 13 hingga 26 Januari 2021, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin … Continue reading Proklamasi Darurat: Muhyiddin kekal berkuasa melalui pemerintahan dengan ordinan tanpa perlunya kelulusan Parlimen
Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP
oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis mengalu-alukan keputusan kerajaan di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan di 6 negeri setelah bilangan kes mencecah angka 4-digit setiap hari kebelakangan ini. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu ada program-program sokongan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini supaya rakyat tidak dibebankan. 1. Pemuda Sosialis telah lama menyarankan dan menggesa … Continue reading Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP
Antara yang tersurat dan tersirat dalam Darurat: Adakah Muhyiddin tersilap baca?
oleh S. Arutchelvan Sejak Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020, ramai cendekiawan, penganalisis politik, wartawan, pakar perundangan dan sebagainya mengulas sama ada Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk memperkenalkan darurat atau sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menyokong atau menolak permohonan ini. Kesahihan atau tidak untuk darurat … Continue reading Antara yang tersurat dan tersirat dalam Darurat: Adakah Muhyiddin tersilap baca?
Rakyat tak nak ketidakstabilan politik, tetapi juga tak nak Darurat
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu pilihanraya umum diadakan dalam tempoh 3 bulan akan datang. Kita sudah melihat bagaimana Pilihanraya Negeri Sabah telah menyebabkan peningkatan hebat dalam angka kes jangkitan COVID-19 yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekatan perjalanan di sebahagian kawasan dan kesulitan ekonomi untuk jutaan keluarga. Rakyat Malaysia … Continue reading Rakyat tak nak ketidakstabilan politik, tetapi juga tak nak Darurat
Mari merotan “Abah”!
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Politik bukan lagi seni pentadbiran. Ia seni pembohongan. Tugas ahli politik kini adalah mencari jalan terbaik untuk berbohong kepada rakyat dengan pelbagai kaedah sehingga penipuan itu menjadi satu penerimaan. Semakin licik seorang penipu itu, semakin lamalah hayatnya dalam dunia politik negara kita. Tidak perlu pergi terlalu jauh ke belakang … Continue reading Mari merotan “Abah”!
Thailand: Darurat diisytihar untuk sekat kebangkitan rakyat
(foto oleh Rapeephat Sitichailapa / AP Photo) Kerajaan Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha mengisytihar darurat di bandaraya Bangkok pada awal pagi 15 Oktober 2020 untuk menyekat demonstrasi rakyat pro-demokrasi yang semakin hebat di situ. 21 orang aktivis pro-demokrasi yang cuba mendirikan khemah berdekatan dengan Tugu Peringatan Demokrasi di Lebuh Ratchadamnoen pada 13 Oktober 2020, sehari sebelum … Continue reading Thailand: Darurat diisytihar untuk sekat kebangkitan rakyat