Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis ingin menggesa kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40 dan M40). Pelanjutan moratorium ini akan membantu golongan pekerja dan pemilik syarikat kecil/sederhana untuk mengharungi pandemik COVID-19. Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa terdapat ramai orang yang telah hilang punca pendapatan, mengalami potongan gaji dan ramai … Continue reading Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dunia kita sedang dilanda krisis yang serius dalam tiga aspek. Aspek pertama dan punca pencetus krisis ini ialah pandemik COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Pandemik ini menimbulkan beban berlebihan yang hebat ke atas perkhidmatan perubatan, malah di negara-negara yang terkaya di dunia. Kadar kematian di Itali, pada takat ini … Continue reading Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma

MySalam salurkan keuntungan lumayan kepada Great Eastern! – Surat terbuka kepada Tun Mahathir

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Kepada Tun Dr. Mahathir, Lebih kurang tiga minggu yang lalu, seorang pemandu lori berumur 48 tahun dengan penyakit kanser usus besar peringkat 4 datang berjumpa dengan saya kerana dia mengalami masalah kewangan. Dia merupakan satu-satunya pencari nafkah untuk keluarganya dan kewangan keluarganya berada dalam keadaan mencemaskan sejak diagnosisnya lebih kurang 2 … Continue reading MySalam salurkan keuntungan lumayan kepada Great Eastern! – Surat terbuka kepada Tun Mahathir

Malaysia “Baru” perlu tafsir kemiskinan Melayu dengan cara yang lebih berkesedaran

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa namun tidak begitu terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 15 Januari 2019. Perdana Menteri Dr. Mahathir mengatakan bahawa kemiskinan merupakan masalah “Melayu” dan nampaknya tidak mengaku bahawa terdapatnya perbezaan sosio-ekonomi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Pendekatan sebegini untuk menangani kemiskinan … Continue reading Malaysia “Baru” perlu tafsir kemiskinan Melayu dengan cara yang lebih berkesedaran

PSM parti untuk B40 saja?

Dalam kaca mata ramai orang di Malaysia, PSM ini hanya parti politik yang memperjuangkan kepentingan golongan B40 sahaja. Bagaimana pula dengan M40 dan yang lain? Kenapa rakyat kelas menengah yang lain patut menyokong PSM? B40 ialah 40% rakyat yang terbawah dalam masyarakat. Golongan B40 mengalami kehidupan yang susah akibat daripada pendapatan yang rendah dan pemerasan … Continue reading PSM parti untuk B40 saja?