Ratusan ribu rakyat Ecuador bermobilisasi di seluruh negara itu untuk mengambil bahagian dalam aksi protes besar-besaran yang melawan dasar neoliberal.
Protes anti-G8 di Genoa 2001: Perjuangan anti-kapitalis masih berterusan
20 tahun selepas protes anti-G8 di Genoa, perjuangan untuk alternatif kepada kapitalisme masih berterusan…
Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal
Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.
Colombia: Mogok nasional bantah dasar neoliberal dan keganasan politik
Puluhan ribu rakyat Colombia telah mengambil bahagian dalam aksi mogok nasional pada 21 Oktober 2020, untuk memprotes terhadap dasar sosial dan ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Presiden Iván Duque. Gerakan protes rakyat Colombia yang terdiri daripada pekerja-pekerja, petani-petani, guru-guru, pelajar-pelajar, masyarakat orang asal dan golongan keturunan Afrika, menuntut pada Kerajaan Colombia supaya merespon segera … Continue reading Colombia: Mogok nasional bantah dasar neoliberal dan keganasan politik
Chile: Perjuangan lawan neoliberalisme belum selesai
Demonstrasi besar-besaran telah diadakan di jalanan Santiago, ibu negara Chile, pada 18 Oktober 2020, bersempena dengan ulangtahun pertama kebangkitan rakyat Chile melawan dasar neoliberal yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Presiden Sebastián Piñera. Walaupun demonstrasi pada waktu pagi 18 Oktober 2020 bersuasana agak aman dan riang, tetapi berlakunya pertempuran antara demonstran dengan polis pada waktu petang. … Continue reading Chile: Perjuangan lawan neoliberalisme belum selesai
Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME
Siri Kedua Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 30 Julai 2020. Siri kedua daripada empat Pameran Poster Anti-Imperialis yang bertemakan "Neoliberalisme" ini, menghimpunkan karya seni poster daripada 59 orang artis dari 27 buah negara dan 20 buah organisasi. (Siri pertama untuk … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME
Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020
Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme telah diadakan pada 22-24 Januari 2020 di Caracas, Venezuela. Lebih 400 orang wakil daripada parti-parti politik dan gerakan sosial dari 70 buah negara, bersama dengan lebih 1,000 orang dari Venezuela, berhimpun dalam program yang bertemakan “Demi kehidupan, kedaulatan dan kedamaian” ini. Persidangan ini diadakan sebagai satu manifestasi menentang dasar imperialis dan … Continue reading Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020