Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 1)

oleh Sivarajan Arumugam Kita dikejutkan oleh kenyataan Menteri Perumahan Zuraida Kamaruddin baru-baru ini, bahawa nilai rumah yang tidak dijual dijangkakan bernilai RM 22.5 billion! Kenapa wujudnya senario sedemikian apabila keperluan rumah masih ada di kalangan rakyat Malaysia? Jika masih ramai lagi rakyat dari golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 yang belum lagi memiliki rumah, … Continue reading Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 1)

UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Pernahkah anda dengar tentang UBI? UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek yang kita makan, tetapi singkatan Bahasa Inggeris kepada sejenis perlindungan sosial yang dikenali sebagai “Pendapatan Asas Universal” (Universal Basic Income), ataupun “Pendapatan Asas Tanpa Syarat” (Unconditional Basic Income). Di bawah sistem “Pendapatan Asas Universal” (UBI), setiap orang … Continue reading UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Ogos lalu. Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Kesihatan Dr. Dzukefli Ahmad ini mengandungi cadangan-cadangan daripada PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam di negara kita. PSM amat mengalu-alukan hasrat Menteri Kesihatan untuk menambahkan bajet Kementerian Kesihatan daripada 2.2% Keluaran Dalam Negara Kasar … Continue reading Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam

Pembaharuan untuk Sistem Pengundian dalam Pilihanraya: Menuju perwakilan yang lebih adil dalam sistem perundangan negara

Pilihanraya merupakan satu komponen yang penting dalam demokrasi. Rakyat dapat memilih wakil rakyat yang mewakili mereka dalam sistem perundangan ataupun kerajaan yang mentadbir sesebuah negara melalui cara pengundian dalam pilihanraya. Negara Malaysia mengamalkan sistem Westminster, iaitu sejenis sistem politik berparlimen yang bermodelkan apa yang dibangunkan di negara Britain. Di bawah sistem ini, pada kebiasaannya, sistem … Continue reading Pembaharuan untuk Sistem Pengundian dalam Pilihanraya: Menuju perwakilan yang lebih adil dalam sistem perundangan negara

Pekerja suka kerja OT?

Tahukah anda berapa jam kerja lebih masa (OT) dibenarkan dalam sehari? Mengikut Seksyen 60A(3)(b) Akta Kerja 1955, “kerja lebih masa” (OT) ditakrif sebagai jumlah jam berlebihan selepas waktu kerja biasa dalam sehari. Mengikut Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980, seseorang pekerja dibenarkan membuat kerja lebih masa sehingga 104 jam dalam mana-mana satu bulan. Maksudnya … Continue reading Pekerja suka kerja OT?