Sahara Barat: Maghribi langgar perjanjian gencatan senjata 3-dekad

Aktivis-aktivis daripada gerakan sosial di Venezuela berkumpul di Caracas pada 16 November 2020 untuk menyatakan solidari bersama rakyat Sahrawi dan membantah serangan tentera Maghribi. (Foto: Instituto Simón Bolívar) Kerajaan Maghribi melancarkan serangan ketenteraan pada 13 November 2020 ke atas Guerguerat, sebuah perkampungan Sahrawi yang terletak di hujung Barat Daya Sahara Barat, sekali gus melanggar perjanjian … Continue reading Sahara Barat: Maghribi langgar perjanjian gencatan senjata 3-dekad

Nigeria: Rakyat bangkit lawan keganasan polis

(foto: Sahara Reporters) Gelombang protes jalanan yang hebat melanda seluruh negara Nigeria sejak 8 Oktober 2020, dengan seruan lantang yang menuntut untuk menghentikan keganasan polis. Aksi protes yang terbaru ini bermula dengan kempen media sosial yang menuntut pembubaran Skuad Anti-Perompakan Khas (Special Anti-Robbery Squad, SARS), sebuah unit di bawah Pasukan Polis Nigeria yang terkenal dengan … Continue reading Nigeria: Rakyat bangkit lawan keganasan polis

Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta

Selepas gelombang protes besar-besaran beberapa bulan kebelakangan ini dan pemberontakan oleh sebahagian pegawai dalam Angkatan Tentera Mali, Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keïta, mengumumkan perletakan jawatannya dalam siaran televisyen pada 19 Ogos 2020, di samping membubarkan kerajaan dan parlimen. Keïta berkata, “Saya tidak mahu pertumpahan darah untuk kekalkan kuasa saya.” Kudeta tentera yang terbaru di negara … Continue reading Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta