Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19

100 tahun dahulu, tercetusnya gelombang revolusi yang hebat di negara Jerman yang menjatuhkan pemerintahan raja berperlembagaan Empayar Jerman dan menggantikannya dengan sebuah republik berparlimen yang demokratik. Namun, oleh sebab kerajaan baru menggunakan kekerasan untuk menghancurkan kebangkitan kuasa kiri radikal yang menggugat kepentingan kelas atasan, hasil revolusi ini telah digadaikan dan kemudiannya membuka ruang kepada kemunculan … Continue reading Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19

Pekerja pembersihan hospital kerajaan menang undi kesatuan

Walaupun menghadapi pelbagai ancaman dan halangan daripada pihak majikan, pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan yang diupah oleh kontraktor swasta, khususnya pekerja-pekerja pembersihan, telah berjaya mendapat undi majoriti untuk pengiktirafan kesatuan sekerja. Pengundian sulit untuk pengiktirafan kesatuan sekerja untuk pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, telah diadakan mulai 24 September … Continue reading Pekerja pembersihan hospital kerajaan menang undi kesatuan

Selamat menyambut Hari Deepavali

oleh Wan Zamzahidi Wan Zahid Rakan-rakan kita yang beragama Hindu merayakan Hari Deepavali pada hari ini yang merupakan perayaan terbesar dalam agama Hindu. Deepavali kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu bererti Perayaan Cahaya. Mengikut sejarah, perayaan ini dirayakan dengan semangat kemenangan cahaya menentang kegelapan, kebaikan menewaskan kejahatan dan pengetahuan menumpaskan kejahilan. Kita hadir ke dunia ini, … Continue reading Selamat menyambut Hari Deepavali

Belanjawan 2019: PTPTN masih tekan rakyat secara berterusan

(KENYATAAN BERSAMA – 5 November 2018) Tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan yang meningkatkan belanjawan untuk sektor pendidikan daripada 59.96 bilion kepada 60.24 bilion. Namun, isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam belanjawan yang telah dibentangkan sangat regresif dan tidak mengambilkira langsung situasi rakyat hari ini. Dalam isu PTPTN, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan … Continue reading Belanjawan 2019: PTPTN masih tekan rakyat secara berterusan

Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden

Keputusan pengundian pusingan kedua Pilihanraya Presiden Brazil yang berlangsung pada 28 Oktober 2018, telah mencetuskan kebimbangan ramai orang di Brazil dan juga di peringkat antarabangsa, kerana negara terbesar di Amerika Selatan tersebut telah memilih seorang Presiden yang paling reaksioner and anti-demokratik sejak peralihan ke demokrasi di Brazil lebih 3 dekad dahulu. Jair Bolsonaro, seorang ahli … Continue reading Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden

Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama

oleh Sivarajan Arumugam Belanjawan 2019, sebagai Belanjawan Kerajaan Persekutuan baru Pakatan Harapan yang pertama, telah dibentangkan pada 2 November lalu. Sebelum Belanjawan ini dibentangkan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah memberi amaran bahawa rakyat harus mengikat perut atau berkorban demi untuk menjamin kestabilan kewangan negara. Belanjawan 2019 ini akan menjadi … Continue reading Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama

Persaingan dan monopoli

Sistem kapitalis digerakkan oleh persaingan. Tanpa persaingan, tiadanya masyarakat kapitalis. Persaingan dalam masyarakat kapitalis, adalah persaigan golongan kapitalis untuk mengumpul modal dengan memaksimumkan keuntungan. Golongan kapitalis sanggup melakukan apa-apa sahaja demi survival diri sendiri dan menumpaskan pesaingnya dalam masyarakat kapitalis. Jika masyarakat tidak lagi mempunyai persaingan, maka masyarakat itu bukan lagi masyarakat kapitalis. Ini kerana … Continue reading Persaingan dan monopoli

Penduduk Pangsapuri Ampang Jajar diancam pengusiran

GEORGE TOWN, PULAU PINANG – 31 OKTOBER 2018: Sekumpulan penduduk dari Pangsapuri Ampang Jajar telah yang menghadapi ancaman pengusiran daripada Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhimpun di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR pada hari ini, untuk menyerahkan satu memorandum yang memohon pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya membatalkan notis pengusiran … Continue reading Penduduk Pangsapuri Ampang Jajar diancam pengusiran

Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 1)

oleh Sivarajan Arumugam Kita dikejutkan oleh kenyataan Menteri Perumahan Zuraida Kamaruddin baru-baru ini, bahawa nilai rumah yang tidak dijual dijangkakan bernilai RM 22.5 billion! Kenapa wujudnya senario sedemikian apabila keperluan rumah masih ada di kalangan rakyat Malaysia? Jika masih ramai lagi rakyat dari golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 yang belum lagi memiliki rumah, … Continue reading Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 1)

Ladang Padang Meha – Sebuah kisah tentang penipuan korporat

 oleh Dr. Jeyakumar Devaraj  Pada tahun 1994, syarikat East Asiatic menjual tanah ladang seluas 5,000 ekar kepada MBf Holdings dengan harga RM 115.9 juta. 460 orang pekerja diberhentikan kerja pada masa itu. Lebih kurang separuh daripada mereka menerima gaji 20 hari untuk setiap tahun berkhidmat sebagai faedah pemberhentian kerja yang diwajibkan di bawah Akta Kerja, … Continue reading Ladang Padang Meha – Sebuah kisah tentang penipuan korporat