20190212 - donation

Ramai antara rakan-rakan kita mengharapkan kebangkitan Parti Sosialis Maaysia (PSM) supaya menjadi kuasa ketiga dalam arena politik hari ini.

Selepas perubahan kerajaan di beberapa buah negeri pada tahun 2008 dan perubahan rejim di peringkat pusat pada tahun 2018, kita mengharapkan bahawa pembukaan ruang politik dapat membawa lebih banyak kemungkinan, termasuklah perubahan dasar dan pembaharuan sistem. Mungkin ada orang merasakan masih terlalu awal untuk menilai prestasi kerajaan baru, namun ada juga orang tidak dapat tunggu lagi. Walau bagaimanapun, Barisan Nasional telah menunjukkan segala kelemahannya setelah kehilangan kuasa pemerintahan, manakala pelbagai U-turn dan sikap tidak konsisten yang ditonjolkan oleh kerajaan baru turut menimbulkan kekhuatiran bahawa dasar yang dibawa oleh kedua-dua gabungan politik yang utama semakin mirip sesama sendiri.

Selain Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, adakah pilihan lain untuk kita semua?

Dalam realiti politik, memang kekuatan dan sumber yang dimiliki oleh PSM pada masa kini masih lagi belum mencukupi untuk menjadi kuasa ketiga. Berdepan dengan Pilihanraya Kecil di kawasan DUN Semenyih dalam keadaan sebegini, meletakkan calon untuk bertanding bagaikan sesuatu yang melawan arus.

Namun, bukankah semua perubahan masyarakat itu bermula daripada usaha melawan arus yang tidak mengerti kekalahan? Setiap perjuangan adalah titik permulaan untuk melangkah ke masa depan. PSM sanggup bergerak selangkah demi selangkah, bertekad mencabar budaya politik yang kolot, menawarkan satu pilihan alternatif kepada para pengundi dan bersedia untuk disemak pengundi.

Jawatankuasa Pusat dan Cawangan PSM telah memutuskan untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Semenyih yang amat mencabar ini. Kami berharap dengan penyertaan dalam proses politik negara kita ini, dapat menggantikan politik perkauman dengan politik berasaskan perspektif kelas, menjana perbahasan dasar-dasar negara yang berasaskan idea-idea politik membina, dan menghapuskan budaya politik elitik dengan demokrasi bersifat partisipasi.

Jika anda sudi menguatkan semangat untuk usaha melawan arus ini, kami berharap anda dapat menghulurkan bantuan dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan/sumber dan menyertai pasukan kempen kami.

Dana yang diperlukan: RM 100,000

Sumbangan dana boleh disalurkan kepada akaun bank di bawah:

Maybank: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 5120 8033 7313

Pendaftaran untuk menjadi sukarelawan kempen PRK: https://form.jotform.me/80662123031443

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s