Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak patut berulang lagi… di mana-mana pun

Beberapa hari ini, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pencemaran sisa kimia berbahaya di Pasir Gudang, Johor. Dilaporkan bahawa gas toksik daripada sisa kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim telah menyebabkan lebih 900 orang terkesan dan terpaksa mendapatkan rawatan perubatan selepas terhidu gas toksik daripada sisa buangan kimia, termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. … Continue reading Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak patut berulang lagi… di mana-mana pun

Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia

Dijangkakan puluhan ribu aktivis muda yang memperjuangkan isu perubahan iklim di sekurang-kurangnya 71 buah negara akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk mengambil bahagian dalam aksi mogok pelajar yang bakal dianggap sebagai salah satu protes alam sekitar yang terbesar di dunia. Aksi protes antarabangsa melalui mogok pelajar untuk menuntut tindakan segera dalam menangani krisis … Continue reading Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia

Patriarki masih bertapak dalam masyarakat kita

oleh Soh Sook Hwa Patriarki berkongsi banyak persamaan dengan perkauman. Ia seakan-akan jangkitan yang tersebar luas dalam kehidupan masyarakat kita dan ramai yang terpengaruh dengan idea-idea sebegini secara sedar atau tidak sedar. Ia wujud dalam semua lapisan masyarakat, dan selalunya ditopengkan dengan adat dan budaya. Patriarki menyediakan kotak tertentu kepada identiti gender dan memberi tekanan … Continue reading Patriarki masih bertapak dalam masyarakat kita

Malaysia Baru sepatutnya untuk SEMUA

Meja Wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan tegasnya mengecam tindakan sesetengah ahli politik sama ada daripada parti pembangkang dan kerajaan yang memerintah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang secara giat membuat laporan polis, mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian dan menyeru pada kerajaan untuk mengambil tindakan ganas terhadap perarakan Hari Wanita Malaysia (#WomensMarchMY) yang … Continue reading Malaysia Baru sepatutnya untuk SEMUA

Semenyih, Sosialisme dan PSM

oleh S. Arutchelvan  Pada 2 Mac 2019, Parti Sosialis Malaysia (PSM) hilang depositnya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih. Walaupun keputusan ini seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan anggota dalam kepimpinan PSM yang menyedari bahawa bertanding dalam pilihanraya ini merupakan satu tugas yang amat mencabar. Walau bagaimanapun, keputusan ini barangkali mengecewakan sesetengah orang yang bersikap optimis dan … Continue reading Semenyih, Sosialisme dan PSM

(Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 di seluruh dunia

8 Mac setiap tahun ialah Hari Wanita Antarabangsa. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa berasal daripada perjuangan gerakan pekerja wanita untuk menuntut hak mengundi dan kesamarataan hak tanpa mengira gender. Setiap tahun, gerakan masyarakat di seluruh dunia menyambut Hari Wanita Antarabangsa dengan mengadakan pelbagai aksi. Berikut ialah sebahagian daripada aksi sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 di seluruh dunia

Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan

KUALA LUMPUR – 9 MAC 2019: Jalanraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur menjadi meriah dengan seruan menegakkan hak wanita pada hari ini apabila ratusan rakyat berarak bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Plakad dan sepanduk yang berwarna-warni dengan mesej menuntut hak wanita dan kesamarataan gender, diiringi dengan laungan seperti “patriarki pergi mati”, “wanita bangkit”, “jangan … Continue reading Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan

PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih

8 Mac 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih di Selangor, telah mencatatkan rekod kesalahan pilihanraya yang tertinggi dalam 6 pilihanraya kecil yang diadakan sejak PRU-14. Walau bagaimanapun, Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang meletakkan Nik Aziz Afiq sebagai calonnya dan calon bebas Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang didapati tidak melakukan … Continue reading PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih