Jutawan vs marhaen

Meskipun Cuomo cuba melakukan kejutan pada saat-saat akhir melalui dukungan Trump serta jutawan lain seperti Elon Musk, namun majoriti pengundi New York menolak politik perkauman dan elitisme yang mengelilingi Cuomo sepanjang kempen kali ini. Bagi mereka, New York memerlukan pemimpin yang berani melawan sistem demi memberi kesejahteraan kepada rakyatnya, bukan tunduk kepada individu-individu tertentu.

Tangani isu sosial dan pendidikan dengan tindakan berasaskan keadilan sosial

Dasar pendidikan harus disusun semula berasaskan prinsip keadilan sosial, termasuk pelaksanaan pendidikan seks yang inklusif, kesedaran gender, perkhidmatan kesihatan mental percuma, serta sistem sokongan komuniti yang kukuh supaya pendidikan benar-benar berfungsi untuk membebaskan manusia, bukan sekadar menyesuaikan mereka dalam sistem yang menindas.