Cikgu Tina melancarkan kempen mengutip tandatangan bagi petisyen yang ditujukan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Rembau untuk menyelesaikan masalah lalat yang teruk di sekitar kawasan Parlimen Rembau.
Tandas awam Pasar Rembau rosak – Cikgu Tina buat aduan segera
Cikgu Tina mengadu tentang masalah tandas awam di Pasar Awam Rembau.
Pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Negeri Selangor rampas tanah untuk bina rumah pekerja
Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Desa Beruntung dan Pekerja Ladang Bukit Beruntung menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya membela nasib bekas pekerja ladang dengan mengambil tindakan segera untuk membina rumah bagi mereka.
Rancangan pembinaan LRT bukan pilihan yang baik untuk Ipoh
Pembinaan LRT bukannya pendekatan yang baik untuk Ipoh, sebaliknya akan membebankan Dewan Bandaraya Ipoh dan penduduk Ipoh dengan hutang yang besar.
Pekerja Ladang Elmina akhirnya tandatangani perjanjian jual beli rumah sendiri
Pekerja-pekerja Ladang Elmina di Sungai Buloh, Selangor, akhirnya menandatangani perjanjian jual beli bagi perumahan mereka. Rumah yang bakal diperolehi mereka ini sungguh istimewa, iaitu Rumah Selangorku Jenis C, Pangsapuri Harmoni Elmina yang sedang dibina di lokasi yang sama dengan tempat yang mereka telah tinggal dan membanting tulang selama 3 generasi sebagai pekerja Ladang Elmina.
Bekas pekerja Ladang Denudin dapat salinan geran tanah perumahan
Bekas pekerja Ladang Denudin mendapat salinan geran tanah untuk perumahan mereka di Taman Batu Tiga, Semenyih, iaitu kurang 1 km dari penempatan mereka yang asal.
Hentikan pengusiran terhadap petani Kanthan
Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan tarikh 21 Jun2022 untuk pendengaran inter partes mengenai kes tanah yang melibatkan petani Kanthan.
Petani Kanthan dapat injunksi interim untuk halang pengusiran paksa
Petani-petani di kawasan Kanthan berjaya mendapat injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menghalang pengusiran paksa oleh PKNP terhadap mereka buat masa ini.
Petani Chepor Impian dapat perintah mahkamah untuk kekal di tanah mereka
Petani-petani di kawasan Chepor Impian mendapat perintah mahkamah di bawah Seksyen 99 Kanun Prosedur Jenayah untuk kekal berada di atas tanah yang sedang diusahakan mereka, dan pihak pemaju tidak boleh mengusir petani-petani ini keluar secara paksaan tanpa penyelesaian di mahkamah sivil.
Pejabat Tanah salah guna kuasa bantu pemaju hartanah usir petani kecil di Changkat Kinding
Kenapa pihak kerajaan begitu ghairah membantu pemaju hartanah untuk mengusir petani-petani kecil yang mengeluarkan makanan pada ketika negara kita sedang berdepan dengan ancaman krisis makanan? Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh petani-petani di kawasan Changkat Kinding, Hulu Kinta, yang sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa.