PSM Perak berpandangan bahawa isu kesesakan di hospital kerajaan perlu ditangani dengan mencari punca sebenar dan penyelesaian yang berkesan, bukannya meletakkan kesalahan kepada warga emas dan ahli keluarga mereka yang hadir untuk mendapatkan rawatan.
Kenapa Selangor terus kembangkan hospital swasta ketika sistem kesihatan awam sedang tenat?
CSR tidak boleh dijadikan penampan untuk menutup persoalan dasar yang lebih besar: mengapa kerajaan membantu mengembangkan sektor swasta ketika sektor awam sedang memerlukan lebih banyak tenaga, sumber dan sokongan?
Adakah keuntungan GLC boleh dikongsi bersama untuk kepentingan rakyat?
Adakah salah jika keuntungan JCorp diagihkan sedikit dan digunakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital awam di Johor?
Autonomi KKM dalam urusan perjawatan dialu-alukan, layanan sama rata untuk pekerja kesihatan kontrak juga diperlukan
PSM mengalu-alukan KKM kini diberikan autonomi penuh untuk menguruskan dan mengagihkan sendiri perjawatan serta pelaksanaan elaun perpindahan.
Hospital baharu akan dibina di Bandar Baru Enstek, Nilai: Tidak wajar jadikan keperluan rakyat modal pilihan raya
oleh Tinagaran Subramaniam Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Sembilan memandang serius pengumuman Menteri Kesihatan berhubung pembinaan sebuah hospital baharu di Bandar Baru Enstek ketika negeri ini sedang menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN). PSM tidak menentang pembinaan hospital tersebut. Malah, kami telah lama menegaskan bahawa kemudahan kesihatan awam di Negeri Sembilan perlu dipertingkatkan sejajar dengan pertumbuhan … Continue reading Hospital baharu akan dibina di Bandar Baru Enstek, Nilai: Tidak wajar jadikan keperluan rakyat modal pilihan raya
Jangan potong belanjawan kesihatan awam
PSM bersama-sama 63 buah organisasi menyuarakan bantahan terhadap rancangan Kementerian Kewangan Malaysia yang hendak memotong belanjawan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 10% atau RM4.65 bilion.
Kesihatan awam bukan barang mewah: Bantahan terhadap pemotongan belanjawan KKM
Kerajaan perlu mengemukakan pecahan terperinci dan telus mengenai bentuk pemotongan yang dicadangkan, termasuk kategori perbelanjaan yang terlibat dan jumlah penjimatan bagi setiap kategori.
Kerajaan harus tarik balik pemotongan perbelanjaan kesihatan awam
Kerajaan harus menarik balik cadangan pemotongan besar terhadap Kementerian Kesihatan dan memastikan sistem kesihatan awam negara diperkukuhkan demi kepentingan rakyat.
Bumbung Hospital Kampar bocor! Janji MADANI untuk hospital baharu masih tinggal janji
Insiden ini mencerminkan keadaan sebenar sistem kesihatan awam negara yang semakin uzur dan gagal diberikan perhatian sewajarnya walaupun kerajaan sering melaungkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat.
Kemenangan untuk rakyat Petaling Jaya, Puchong & Subang Jaya: Tapak baharu dikenal pasti untuk membina hospital awam pertama di Petaling Jaya
PSM menggesa kerajaan untuk mengumumkan garis masa projek ini secara telus kepada orang ramai, dari tarikh permulaan pembinaan sehingga tarikh pelancaran hospital awam ini. Warga Petaling Jaya sudah terlalu lama menunggu dan janji-janji kosong tidak lagi mencukupi.
