oleh Arveent Karthirtchelvan Pemuda Parti Sosialis Malaysia menyambut baik hasrat Kerajaan Malaysia untuk memberi tumpuan kepada pengurangan jurang antara negeri kaya dan miskin, jurang pendapatan rakyat di bandar dan luar bandar serta jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030. Pelan pelaksanaan projek serta program di luar bandar dan negeri … Continue reading Gaji pekerja kecil akibat kerakusan kapitalis, bukan produktiviti rendah
Garis kemiskinan Malaysia tidak cerminkan realiti, kata pakar PBB
Dakwaan Kerajaan Malaysia bahawa negara kita mencatat kadar kemiskinan negara yang terendah di dunia, telah dipertikai oleh Philip Alston selaku Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia. Pakar hak asasi manusia PBB tersebut menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia menetapkan pendapatan garis kemiskinan yang terlalu rendah yang tidak mencerminkan kos sara … Continue reading Garis kemiskinan Malaysia tidak cerminkan realiti, kata pakar PBB
Menteri perlu belajar dari kesilapan Eropah dalam dasar penyatuan tanah pertanian
oleh Sharan Raj Pengumuman daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sudah memulakan pelan tindakan bagi melaksanakan dasar penyatuan tanah sawah untuk diuruskan oleh pihak korporat, amat mengejutkan dan membimbangkan. PSM menggesa Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas agar tidak mengambil … Continue reading Menteri perlu belajar dari kesilapan Eropah dalam dasar penyatuan tanah pertanian
Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?
Rancangan pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuhraya bertol oleh kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini telah menimbulkan persoalan sama ada tindakan itu lebih kepada menyelamatkan keuntungan syarikat Gamuda Berhad. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Jun 2019 oleh Sharan Raj selaku Penyelaras Biro Alam Sekitar Parti Sosialis Malaysia (PSM), PSM … Continue reading Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?
Gaji rendah, pekerja susah
(Rencana khas Hari Pekerja Sedunia 2019) Pekerja ialah tulang belakang kepada pembangunan ekonomi masyarakat kita. Tanpa pekerja, pemodal yang melabur dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan tidak dapat menjana keuntungan. Tanpa pekerja, masyarakat kita tidak dapat menjadi maju. Namun, adakah pekerja-pekerja di Malaysia mendapat pulangan yang sewajarnya daripada pengorbanan tenaga kerja dan masanya? Malangnya sekali, walaupun … Continue reading Gaji rendah, pekerja susah
Jangan perbodohkan lagi rakyat dalam isu gaji minimum – Membedah cadangan Kula untuk gaji minimum baru dalam tempoh 16 bulan
oleh S. Arutchelvan Baru-baru ini, di bawah tekanan yang hebat untuk meningkatkan gaji minimum, M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia, telah berkata bahawa satu semakan semula tentang gaji minimum akan dilakukan dalam tempoh masa 16 bulan (laporan berita Bernama, 20 April 2019). Ini sebenarnya bukan berita yang mengejutkan, kerana walau apa yang dikatakannya, di bawah undang-undang … Continue reading Jangan perbodohkan lagi rakyat dalam isu gaji minimum – Membedah cadangan Kula untuk gaji minimum baru dalam tempoh 16 bulan
Teori Gelombang Panjang
Sejak kewujudannya, perkembangan ekonomi kapitalis berlaku secara tidak seimbang, dan bukannya dalam satu garis lurus. Ekonomi kapitalis tidak bergerak menuju ke depan secara berterusan, licin dan stabil. Era pengembangan ekonomi dan era kemelesetan ekonomi muncul secara selang-seli. Selain daripada turun-naik jangka masa pendek dalam kitaran perniagaan (business cycle, di mana muncul hampir setiap 10 tahun … Continue reading Teori Gelombang Panjang
Hutang
Jika seseorang itu tiada wang untuk membeli sesuatu barang, dia pergi meminjam wang daripada seorang yang lain. Orang yang mendapat wang pinjaman itu adalah penghutang, manakala orang yang meminjam keluar wangnya itu adalah pemiutang. Wang yang dipinjamkan oleh pemiutang kepada penghutang itu perlu dipulangkan kepada pemiutang. Jika pemiutang itu sangat murah hati dan tidak mengharapkan … Continue reading Hutang
Kewangan
Matawang adalah sejenis komoditi. Ia adalah komoditi di mana semua komoditi yang lain menunjukkan nilai tukar masing-masing melalui nilainya. Sebagai pengukur bersama untuk nilai, matawang tiada apa-apa sifat yang misteri. Matawang juga merupakan hasil buruh manusia, dan ia mempunyai nilai yang tertentu. Apabila aktiviti pertukaran komoditi semakin kerap dan mendominasi seluruh masyarakat, matawang bukan lagi semata-mata … Continue reading Kewangan
Kredit
Kredit adalah “kepercayaan” yang membolehkah sesuatu pihak meminjam wang atau sumber kebendaan kepada orang lain (yang menjadi penghutang), di mana penghutang tidak perlu membayar balik serta-merta tetapi membayar balik beberapa ketika selepas itu (dan biasanya dengan pulangan faedah). Oleh itu, secara ringkasnya, sistem kredit adalah sistem pinjaman dengan pulangan berfaedah. Seorang lintah darat meminjam wang kepada seseorang, … Continue reading Kredit
