Menteri Pendidikan berjanji untuk hentikan penindasan terhadap pekerja kontrak sekolah

oleh Wan Zamzahidi Wan Zahid Pada 27 Mac 2019, bermula jam 2.15 petang, telah diadakan satu pertemuan antara Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dengan Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, yang berlangsung di Bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5, Putrajaya. Antara lain, JPKK telah mengemukakan permasalahan yang melibatkan pekerja-pekerja kontrak kerajaan di sekolah-sekolah di … Continue reading Menteri Pendidikan berjanji untuk hentikan penindasan terhadap pekerja kontrak sekolah

UMNO dan PAS “berkahwin”?

UMNO dan PAS telah mengumumkan kerjasama secara rasmi baru-baru ini. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata bahawa kerjasama antara UMNO dan PAS akan memfokuskan aspek penyatuan ummah. Menurutnya, kerjasama dua parti ini bukannya penggabungan menjadi sebuah parti baru tetapi atas dasar kebersamaan terhadap isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti. Ada orang menyifatkan kerjasama UMNO … Continue reading UMNO dan PAS “berkahwin”?

Kementerian Pendidikan harus selesaikan masalah ketidakjaminan kerja pekerja kontrak di sekolah kerajaan

PUTRAJAYA – 27 MAC 2019: Wakil Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama dengan akvitis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah berjumpa dengan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik pada hari ini, untuk membawa isu jaminan kerja yang dihadapi oleh pekerja-pekerja kontrak di sekolah kerajaan kepada perhatian pihak Kementerian Kesihatan. Pekerja-pekerja kontrak di sekolah kerajaan termasuk pekerja … Continue reading Kementerian Pendidikan harus selesaikan masalah ketidakjaminan kerja pekerja kontrak di sekolah kerajaan

Kelewatan kelulusan kewarganegaraan rampas peluang hidup seperti biasa

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman baru-baru ini yang mengatakan bahawa ibu bapa harus bertanggungjawab terhadap masalah yang melibatkan kanak-kanak tanpa dokumen, di mana beban untuk pembuktian anak-anak ini terletak di bahu ibu bapa tersebut, bukannya tanggungjawab kerajaan. Walaupun kita bersetuju bahawa ibu bapa harus bertanggungjawab tetapi … Continue reading Kelewatan kelulusan kewarganegaraan rampas peluang hidup seperti biasa

Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS

Masyarakat Kurdi di Timur Tengah menyambut Tahun Baru tradisional mereka, Newroz (sama dengan tahun baru masyarakat Iran, Nowruz), pada 20 Mac setiap tahun. Dalam mitos masyarakat Kurdi, 20 Mac menandakan hari di mana pemberontakan yang dipimpin oleh Kawa berjaya menewaskan pemerintahan zalim Zuhak. Zuhak (atau dikenali sebagai Azhi Dhaka dalam budaya Parsi) ialah seorang raja … Continue reading Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS

Gangguan seksual dan patriarki

oleh Soh Sook Hwa Ia berlaku di perjalanan pergi-balik sekolah. Anda berjalan berseorangan dan tersempak seorang lelaki yang tidak dikenali di lorong yang agak sunyi. Dia kelihatan bersenyum di muka dan tiba-tiba tanggalkan seluarnya. Ia berlaku di dalam bas. Lelaki yang duduk bersebelahan dengan anda "mengimbas" tubuh badan anda dari kepala samapi ke hujung kaki. … Continue reading Gangguan seksual dan patriarki

Rumah mampu milik: Pasaran bebas bukan penyelesaian dan kerajaan tidak patut jadi jurujual pemaju hartanah

Sejak awal tahun ini, terdapatnya ekspo-ekspo pemilikan kediaman yang disokong malah ada yang dianjurkan oleh kerajaan sendiri untuk menjual rumah yang tergolong dalam kategori “rumah mampu milik” kepada rakyat biasa. Ekspo-ekspo perumahan ini diadakan untuk menjual rumah-rumah yang dikatakan rumah mampu milik tetapi tidak terjual sehingga kini. Kita sering nampak pemimpin-pemimpin kerajaan diiringi oleh wakil-wakil … Continue reading Rumah mampu milik: Pasaran bebas bukan penyelesaian dan kerajaan tidak patut jadi jurujual pemaju hartanah

Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah

Vanesri Subramaniam ialah seorang pekerja pembersihan yang bekerja di Hospital Kerajaan Port Dickson. Beliau bekerja di sana unutk lebih 20 tahun. Pada masa kini, Vanesri bekerja di bawah majikan baru, Panoramax Development Sdn Bhd, dengan kontrak selama 2 tahun. Disebabkan masalah kesihatannya, Vanesri pernah mengambil cuti sakit beberapa kali dan doktor pernah memberi satu surat … Continue reading Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah

22 Mac – Hari Air Sedunia

22 Mac setiap tahun ialah Hari Air Sedunia. Hari ini disambut sebagai usaha menggalakkan pengurusan yang mampan terhadap sumber air tawar. Pada tahun 1992, Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) ataupun dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, telah mencadangkan untuk mendedikasikan satu hari di peringkat antarabangsa bagi meraikan … Continue reading 22 Mac – Hari Air Sedunia

Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu

SUBANG JAYA, SELANGOR – 21 MAC 2019: 4 orang pekerja kontrak berjaya mendapat balik gaji sebulan yang tidak dibayar 3 tahun dahulu pada hari ini setelah bekas majikan bersetuju untuk membayar. 4 orang pekerja ini ialah pekerja pembersihan yang diupah oleh kontraktor Sekilas Enterprise pada bulan Mei 2013 hingga Mei 2016. Mereka bekerja di Sekolah … Continue reading Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu