oleh S. Arutchelvan PSM ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para jururawat, doktor, pekerja makmal, pekerja pembersihan, pngawal keselamatan dan semua insan lain yang bekerja di dalam sektor kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan anda semua dalam memerangi wabak virus COVID-19. Terima kasih kepada semua. Wabak COVID-19 melanda seluruh dunia tanpa mengira … Continue reading “Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Continue reading Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh
IPOH, PERAK - 13 MAC 2020: Sekumpulan pengawal keselamatan daripada Delta Force Security Services & Consultancy Sdn. Bhd. mengadakan satu aksi protes pada hari ini di hadapan ibupebajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ipoh, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap salahguna kuasa dan pembulian sesuka hati terhadap pengawal keselamatan oleh seorang anggota polis bantuan yang … Continue reading Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh
WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
Mohon Sumbangan kepada Dana Perjuangan PSM
Anda kenal Pak Guard yang jaga pintu masuk di sekolah anak anda? Dia kerja 12 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Gaji dia bukan besar dan kerja kontrak ni bukan kerja tetap. Anda tahu hak dia perlu dijaga. Anda kenal jiran yang duduk di kampung tradisi di sebelah taman? Pembangunan semakin menghimpit di … Continue reading Mohon Sumbangan kepada Dana Perjuangan PSM
Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik
KULIM, KEDAH - 10 MAC 2020: Jalan buntu dalam perundingan untuk perjanjian bersama (CA) antara kesatuan sekerja dengan majikan di kilang Infineon Technologies yang terletak di Kulim, Kedah, telah dibuka semula selepas ratusan pekerja turun beraksi di hadapan kilang tersebut untuk mempertahankan hak mereka. Pekerja-pekerja di kilang Infineon Kulim mengadakan satu aksi piket di hadapan kilang … Continue reading Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik
Perjuangkan isu “real” atau isu sensasi?
(Siri "Tolak Politik Elit, Bina Kuasa Ketiga" - 3) oleh S. Arutchelvan Sertai PSM hari ini! Apa itu isu “real” (sebenar) dan apa itu isu sensasi? Isu mana yang mendapat liputan meluas dalam media arus perdana? Adakah parti-parti politik di negara kita memperjuangkan isu “real” atau isu “popular”? Mengapa cerita hantu lebih menarik daripada cerita kepupusan hutan? … Continue reading Perjuangkan isu “real” atau isu sensasi?
(Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun dalam bentuk perayaan, protes, perhimpunan dan perarakan, untuk mengetengahkan isu yang dihadapi oleh wanita dan memperjuangkan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang berasal daripada perjuangan gerakan pekerja wanita untuk menuntut hak mengundi dan kesamarataan hak tanpa mengira gender, telah menjadi satu acara tahunan yang meriah … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia
Tolak rampasan kuasa: Bubar DUN Perak untuk Pilihanraya Negeri
oleh K. Segar Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Perak amat kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengenai pendirian beliau untuk bersama-sama dengan UMNO, PAS dan beberapa ADUN PPBM dalam membentuk Kerajaan Negeri Perak. Tambahan lagi, 3 orang ADUN daripada Pakatan Harapan (PH), iaitu ADUN Tronoh (DAP) Yong Choo Kiong, … Continue reading Tolak rampasan kuasa: Bubar DUN Perak untuk Pilihanraya Negeri
MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190
PETALING JAYA - 9 MAC 2020: Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, Gabungan Pembaharuan Undang-undang Buruh (Labour Law Reform Coalition, LLRC) telah menyerahkan satu memorandum kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada hari ini untuk menggesa pada MEF supaya menyokong usaha meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 190 mengenai … Continue reading MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190
